Enter your email address:
Delivered by FeedBurner
Synopsis: The movie revolves around Arshad, Mona, Zakiah, Ashraf, Daud and Murni who are orphans in an orphanage undergoing an experience that has haunted them since they moved in to a new house. As the orphans were cleaning the house, they come across an antique cupboard and decide to move it to another room. Arshad found a mysterious mirror and gives it to Mona but doesn’t know that there is something special the mirror. People in the school begin to suspect that Mona is possessed. The orphans must now plan something to capture the force that is dwelling in Mona – but they must first find out what is the significance of the mirror and the cupboard.
Sinopsis : Mengisahkan enam orang penghuni rumah anak yatim Arshad, Mona, Zakiah, Ashraf, Daud, Murni yang melalui satu pengalaman yang menghantui meraka ketika menetap di sebuah rumah lama.Sebuah almari antik telah dijumpai oleh anak-anak yatim tersebut semasa proses pembersihan dan mereka mengambil keputusan untuk mengalihkan almari itu ke bilik yang lain.Semasa mereka memindahkan almari tersebut, ia tergelincir dan menyebabkan lantai kayu usang terkopak. Arshad menjumpai sebuah cermin muka tua melalui celahan bahagian yang terkopak dan menghadiahkan kepada Mona tanpa mengetahui bahawa cermin itu bakal menjerumuskan mereka ke ambang kemisterian. Mona pula berubah sikap.Daud cuba meyakinkan Arshad bahawa Mona telah dirasuk melalui penelitiannya terhadap komik-komik seramnya. Akhirnya mereka merancang sesuatu untuk memerangkap kuasa yang telah mendampingi Mona.
YouTube Official video from youtube
Release Date: 05 January 2012 Language: Malay Subtitle: Info Not Available Genre: Horror Running Time: 1 Hour 25 Minutes Director: Black Cast: Zahiril Adzim, Sara Ali, Nur Syahirah Aiyob, Ainur Syakina Azman, Daniel El Arash
Sinopsis : Karlisa, baru saja kematian tunangnya di dalam sebuah kemalangan jalan raya. Sejak itu, Karlisa mendapat mimpi pelik yang memanggil-manggil gadis itu untuk pulang ke kampung ibunya iaitu Kg Senja Lama. Karlisa pernah membesar di kampung tersebut sewaktu kecil, tetapi berpindah ke Kuala Lumpur dan sejak itu tidak pernah pulang semula ke sana.Secara sembunyi-sembunyi, Karlisa bersama teman rapatnya, Isabella, pergi ke Kg Senja Lama. Mereka pergi semula rumah kampung keluarga Karlisa dan terkejut apabila mendapati Opah Maimoon, yang selama ini dianggap sudah meninggal dunia, masih hidup dan tinggal di rumah tersebut.Di kampung itu juga, Karlisa bertemu dengan seorang lelaki penuh misteri bernama Armand. Armand seorang yang pendiam dan kera sumbang. Orang-orang kampung menghindari Armand kerana Armand mempunyai saka. Armand juga mempunyai kelebihan di mana, setiap gadis yang melihatnya, akan jatuh cinta kepadanya. Armand juga pernah bertunang, tetapi tuang bernama Harlina itu meninggal dunia, pada malam hari pertunangan mereka.Karlisa mulai rapat dengan Armand dan melalui Armand, Karlisa mula mengetahui tentang sejarah keluarganya sendiri.Karlisa juga berkenalan dengan Intan, adik kepada Harlina, bekas tunang Armand. Intan dan keluarganya amat membenci Armand dan juga Karlisa, yang dikaitkan dengan kematian Harlina.Rupa-rupanya, Armand membela saka yang sepatutnya diwarisi oleh Karlisa. Dan Karlisa dipanggil ke kampung oleh saka yang mahu pulang ke tuan asalnya. Armand yang telah jatuh cinta dengan Karlisa, tidak mahu menyerahkan saka tersebut.Tetapi karlisa yang sedar ibunya telah lari daripada tanggungjawab keturunannya bagi membela saka, berdegil mahu bertanggungjawab. Ibu Karlisa, Puan Mazidah, tidak mahu menerima saka daripada Opah Maimoon kerana mahu menyelamatkan suaminya Tuan Shapie, dari menjadi mangsa saka.Akibatnya, ayah Armand, Tuan Salleh yang berada di sisi Opah maimoon sewaktu perempuan itu nazak, mengambil saka tersebut kerana kasihan. Namun, saka hanya menumpang dan tidak boleh dimusnahkan, selagi perjanjian di antara tuan asalnya tidak dibatalkan.Akhirnya, Armand setuju memberi saka itu semula kepada Karlisa dengan harapan sebaik saka kembali kepada tuan asalnya, saka itu boleh dimusnahkan dengan bantuan seorang ustaz, Ustaz Zailan. Namun saka itu tidak musnah dan masih berada bersama-sama Karlisa.
Genre: Horror Release Date: 14 Apr 2011 Cast: Liyana Jasmay, Zahiril Adzim, Faezah Elai, Kamal Adli Director: Ahmad Idham