SIDEBAR
»
S
I
D
E
B
A
R
«
Ratu The Movie
Feb 16th, 2011 by admin

Sinopsis : Filem “Ratu The Movie” mengisahkan tentang 10 orang calon Pertandingan Ratu Cantik yang akan bertanding di peringkat akhir. Kesemua 10 calon itu telah dikumpulkan di sebuah jeti dan dibawa menaiki sebuah kapal layar ke lokasi yang ditetapkan. Sewaktu dalam pelayaran tiba-tiba berlaku ribut yang sangat kuat sehingga krew kapal dan kesepuluh-sepuluh calon itu terpaksa mendarat di sebuah pulau.Sepanjang malam mereka berada di pulau itu pelbagai kejadian aneh dan misteri telah berlaku. Mereka telah diserang dan satu demi persatu calon-calon itu hilang. Sehinggalah calon akhir berjaya diselamatkan dan diistiharkan sebagai pemenang.Sehubungan itu, segala kejadian aneh dan misteri itu merupakan salah satu daripada perancangan pihak penganjur untuk mencari ratu cantik yang sebenarnya di mana kesemua calon telah dinilai bukan sahaja daripada segi kecantikan, malah mereka turut dinilai daripada aspek kelakuan dan sikap serta kekuatan mereka menghadapi cabaran.

Genre: Drama
General Release Date: 17 Mar 2011
Distributor: Grand Brilliance
Cast: Bkay Nair, Elya, Miera, Farah, Farahin, Sue, Eina, Shazlin, Jazzy,Tasha, Fouziah Ghous, Eizlan Yusof, Yasmin Hani,Yusry KRU serta Azlee Khairi ,Farid Wari.
Director: Prof Madya Abdul Razak Mohaideen

»  Site: Latest Movies Database   »  Style: Ahren Ahimsa