SIDEBAR
»
S
I
D
E
B
A
R
«
Movie : Misteri Jalan Lama
Oct 25th, 2011 by admin

Synopsis: An exceptional story of brotherhood. Indra and Ilya are on their way home to their home village for the funeral of Iskandar, their father. Indra is the biological son of Iskandar, who is an illegal racer; gambles and owes money to loan sharks who are hunting him. Meanwhile, Ilya is the adopted son who was given to Iskandar when he was passing through an old road 25 years ago. Ilya helped his father build his career and his conduct as a ‘better’ son among the two is the cause of Indra’s estrangement from his family. However as they make their way to the village, they use an old road and gets transported into another world, filled with mystical creatures.

Sinopsis : Dua beradik, Indra dan Ilya dalam perjalanan pulang ke kampung halaman mereka untuk urusan pengebumian ayah mereka, Iskandar. Indra adalah anak kandung Iskandar yang menjadi pelumba kereta profesional, tetapi kuat berjudi dan seringkali meminjam daripada ah long. Hidupnya kini diburu gangster. Manakala Ilya pula adalah anak angkat Iskandar yang diberikan oleh ‘seseorang’ ketika Iskandar melalui sebatang jalan lama 25 tahun dahulu. Ilya seorang anak yang baik, yang banyak membantu Iskandar membina kerjayanya. Iskandar juga sangat sayangkan Ilya. Ini jugalah yang menjadi punca ketidakpuasan hati Indra, lalu membawa diri jauh daripada keluarga.Pada hari kematian Iskandar, buat pertama kalinya selepas 15 tahun, Indra ke pejabat ayahnya untuk mengambil surat wasiat yang ditinggalkan untuknya. Indra diminta membawa Ilya pulang, kerana Ilya tidak tahu memandu. Ketika di lebuhraya, Indra dikejar oleh gangster. Lalu Indra mengambil keputusan menggunakan jalan lama.Ketika melalui jalan lama, tidak semena-mena mereka memasuki ‘dunia lain’. Pelbagai peristiwa pelik dialami mereka sepanjang berada di dunia tersebut. Daripada diganggu oleh makhluk mengerikan hinggalah kepada sesuatu yang mengasyikkan.


YouTube Official video from youtube

Release Date: 24 November 2011
Language: Malay
Subtitle: Info Not Available
Genre: Adventure / Mystery / Drama
Director: Afdlin Shauki
Cast: Que Haidar, Hans Isaac, Dato’ Ahmad Tamimi Siregar, Nasir Bilal Khan, Afdlin Shauki, Vanida Imran , Marion Counter, Namron, Liyana Jasmay, Sari Yanti, Sabrina Hassan, Adam Corrie Lee, Sobri Anuar, Yalal Chin

Filem Setem Memang Best
Aug 20th, 2009 by admin

filem-setem-best

Satu lagi filem kabir bhatia yang menaikkan nama beliau sebaris pengarah melayu lain dalam mengarah sebuah filem melayu komedi aksi terbaik. Bukan dari segi jalan cerita dan lakonan pelakon sahaja patut dipuji, malah special efek atau kesan khas yang digunakan patut dipuji.

adegan-filem-setem

Filem setem memberi nafas baru dengan memaparkan jalan cerita mengenai beberapa siri perancangan bagi mendapatkan satu setem yang berharga RM4 juta. Geng thosai, geng anak yatim, geng piranha dan geng bakso adalah geng yang nak setem tu. Siapakah antara mereka mampu mendapatkannya? Tontonlah filem setem yang memang best.

Bayangkan dalam masa 2 minggu sahaja, filem ini sudah mampu mengutip RM2 juta!! wahh..satu kejayaan yang boleh dibanggakan untuk filem melayu. Nampaknya rakyat Malaysia sudah bosan dengan cerita melayu yang biasa (tentang kekasih, pergolakkan rumah tangga kaya)..

So kepada pengarah-pengarah, cari lah idea berbeza dari cerita biasa ni..Kami dah bosan..bosan dan bosan..

Filem Setem Wajib Tonton
Jul 15th, 2009 by admin

filem-setem

Filem Setem akan berada di pawagam bermula 30 Julai 2009. Sebuah filem arahan Kabir Bhatia yang menampilkan barisan artis yang cukup mantap. Yang penting pelakon yang saya minat, Afdlin Shauki dan vanidah imran ada dalam filem ni. hehe..Untuk elakkan jeles, Rashidi Ishak iaitu suami vanidah imran turut berlakon..

Wahh…serius ianya sebuah filem melayu terhebat..Kenapa?

Sebab biasa filem melayu mesti berkaitan cinta dan masalah keluarga..Kali ini ianya berkaitan sekeping SETEM. Bukan sebarang setem. Setem ini dibuat ketika Gabenor Melaka (Lord Arthur Barring) pada 1847 mahukan sesuatu untuk diingati oleh generasi seterusnya. Beliau melantik seorang  pembuat jam untuk mencipta sekeping setem. Tapi beliau membuangnya sebab berlaku kesilapan lalu dikutip oleh cucunya.

Kisah ini terhenti disitu sehinggalah tahun 2008, Charles Barring IV menggemparkan Malaysia dengan setem tersebut yang dianggarkan berharga RM 2 juta. Satu sidang akhbar diadakan untuk mengumumkan kepulangan setem ini ke Melaka.

Mulalah disini beberapa pihak cuba mendapatkan setem ini. Pak Ramli yang memaksa Sid dan Joe mencuri setem itu untuk menampung kos membeli tanah tapak rumah anak-anak yatim yang diuruskannya. Pak Ramli memerlukan RM 500,000.00. Bukan sid dan joe sahaja, Piranha Lim, seorang ketua kumpulan Ah Long juga berminat. Begitu juga dengan Vellu yang bekerja sebagai pemandu di syarikat keselamatan yang akan membawa setem tersebut ke muzium. Masing-masing merancang untuk mendapatkan setem tersebut. Oleh kerana begitu banyak perancangan yang dilakukan untuk setem tersebut, keadaan menjadi kacau-bilau.

Kumpulan mana dan siapakah yang berjaya mendapatkan SETEM ini? Tontoni filem komedi pertama arahan Kabir Bhatia ini di pawagam bermula 30 Julai nanti…

Info filem:

Pengarah: Kabir Bhatia

Penulis skrip: Kabir & Mira Mustaffa

Pelakon: Afdlin Shauki, Rashidi Ishak, Vanidah Imran, Indi Nadarajah, Que Haidar, Sathia, Harun Salim Bachik,
Bront Palarae, Isma Yusof

Genre: Komedi/Aksi

Penerbit: Tayangan Unggul Sdn Bhd

Bajet: RM1.8 juta

Lokasi: Lembah Klang dan Melaka

Tempoh penggambaran: 40 hari

Di Tayang: 30 Julai 2009

Laman web: http://www.setemmovie.com/

Juga anda boleh download wallpaper dan poster filem setem di web di atas.

»  Site: Latest Movies Database   »  Style: Ahren Ahimsa