Enter your email address:
Delivered by FeedBurner
Synopsis: Touted as the first Malaysian international sci-fi movie, in “Mantera”, we follow Sam Weston, the owner of Weston Technologies who is furious over the security breach in his research lab. The prototype of his latest weapon system “Mantera” (or MAN-Transformable Exo-Robotic Armour) was sabotaged and destroyed. Invaluable research data was stolen and deleted from the company’s mainframe. His leading scientist Dr. Natasya Irina Pushkin, goes missing. The buyer for the new technology is pressuring Sam to deliver the prototype or the deal is off. To make matter worse, the wreckage and debris from the destroyed Mantera was accidentally shipped to the other side of the world to a young man by the name of Azman, in Malaysia.
Sinopsis: Sam Weston, pemilik Weston Technologies yang marah atas pelanggaran keselamatan yang berlaku di dalam makmal penyelidikan beliau. Prototaip sistem senjata terbarunya “Mantera” (atau MAN-Transformable Exo-Robotik Armour) telah disabotaj dan dimusnahkan. Data penyelidikan telah dicuri dan dipadam dari kerangka utama syarikat. Saintis terkemuka Dr Natasya Irina Pushkin, pula hilang. Pembeli yang bersetuju untuk membeli Mantera mendesak supaya Sam menyampaikan prototaip tersebut atau perjanjian itu dibatalkan. Keadaan bertambah buruk apabila runtuhan dan serpihan dari Mantera yang telah dimusnahkan telah dihantar ke bahagian lain di dunia ini kepada seorang lelaki muda bernama Azman, di Malaysia.
YouTube Official video from youtube
Release Date: 17 May 2012 Language: Malay Subtitle: Info Not Available Genre: Action / Science Fiction / Fantasy Running Time: 1 Hour 55 Minutes Director: Mohd Aliyar Al-Kutthy Cast: Tomok, Shiqin Kamal, Kamaliya, Wael Al-Masri, Said Dashuk-Nighmatulin, Mikhail Dorojkin, Faezah Elai, Yank Kassim.
Official Website: Mantera The Movie
Synopsis: “Jidin Sengal” is described as a rom-com that focuses on the ‘glamour world’ that is enjoyed by extras in the Malaysian film industry who are all trying to make it big. As a child, Jidin loved the performing arts and he was close to a girl called Piah. However they couldn’t be together and as an adult, Jidin always thought of her. One day, Jidin goes to the city to try and seek her out and instead meets Bob Dobot, a veteran film extra. Bob takes Jidin under his wing and with the help of a hip-hop artiste wannabe from Terengganu called Jay-Z, they finally get a crack at a movie. On the set of the movie, Jidin meets a girl similar to Piah, called Amy.
Sinopsis: JIDIN SENGAL adalah sebuah kisah komedi tentang Jidin dan Bob Dobot, dua sahabat yang bercita-cita menjadi pelakon terkenal satu hari nanti. Jidin yang sengal tapi sangat meminati bidang lakonan telah secara tersengaja membakar reban bersama ayam-ayam kesayangan ibunya gara-gara memberontak nak datang KL mencuba nasib. Di KL, Jidin bertemu dengan Bob Dobot, seorang pelakon ekstra tapi berjiwa pelakon utama.Bob memiliki konfiden yang tinggi, badan yang gempal dan muka yang tak serupa Aaron Aziz. Dia bercita-cita untuk memegang watak hero, atau paling tidak pun, pelakon pembantu berdialog, satu hari nanti. Jidin dan Bob Dobot berkawan baik, dan Bob menjadi mentor kepada Jidin yang cetek ilmu lakonannya. Kehidupan dunia glamor sebagai artis ekstra penuh dengan cabaran dan kadangkala cacian.Jidin dan Bob sering diberi tawaran watak lalu-lalang, berlegar-legar di belakang pelakon utama saja, baru nak selitkan dialog pengarah dah jerit “cut!”. Dengan bantuan rakan mereka Jay-Z, Jidin dan Bob Dobot mendapat peluang berlakon dalam sebuah filem. Mereka bertemu Iskandar, seorang lagi pelakon ekstra tapi lebih kacak, lebih bergaya dan terlebih poyo. Jidin dan Bob sentiasa dibuli oleh Iskandar yang memandang rendah kepada mereka.
Release Date: 22 March 2012 Language: Malay Subtitle: Info Not Available Genre: Comedy / Romance Director: Esmi Zahara Yusof Cast: Angah Raja Lawak, Along Raja Lawak, Azrul Raja Lawak, Jue Aziz, Faezah, Zac Diamond
Sinopsis : Karlisa, baru saja kematian tunangnya di dalam sebuah kemalangan jalan raya. Sejak itu, Karlisa mendapat mimpi pelik yang memanggil-manggil gadis itu untuk pulang ke kampung ibunya iaitu Kg Senja Lama. Karlisa pernah membesar di kampung tersebut sewaktu kecil, tetapi berpindah ke Kuala Lumpur dan sejak itu tidak pernah pulang semula ke sana.Secara sembunyi-sembunyi, Karlisa bersama teman rapatnya, Isabella, pergi ke Kg Senja Lama. Mereka pergi semula rumah kampung keluarga Karlisa dan terkejut apabila mendapati Opah Maimoon, yang selama ini dianggap sudah meninggal dunia, masih hidup dan tinggal di rumah tersebut.Di kampung itu juga, Karlisa bertemu dengan seorang lelaki penuh misteri bernama Armand. Armand seorang yang pendiam dan kera sumbang. Orang-orang kampung menghindari Armand kerana Armand mempunyai saka. Armand juga mempunyai kelebihan di mana, setiap gadis yang melihatnya, akan jatuh cinta kepadanya. Armand juga pernah bertunang, tetapi tuang bernama Harlina itu meninggal dunia, pada malam hari pertunangan mereka.Karlisa mulai rapat dengan Armand dan melalui Armand, Karlisa mula mengetahui tentang sejarah keluarganya sendiri.Karlisa juga berkenalan dengan Intan, adik kepada Harlina, bekas tunang Armand. Intan dan keluarganya amat membenci Armand dan juga Karlisa, yang dikaitkan dengan kematian Harlina.Rupa-rupanya, Armand membela saka yang sepatutnya diwarisi oleh Karlisa. Dan Karlisa dipanggil ke kampung oleh saka yang mahu pulang ke tuan asalnya. Armand yang telah jatuh cinta dengan Karlisa, tidak mahu menyerahkan saka tersebut.Tetapi karlisa yang sedar ibunya telah lari daripada tanggungjawab keturunannya bagi membela saka, berdegil mahu bertanggungjawab. Ibu Karlisa, Puan Mazidah, tidak mahu menerima saka daripada Opah Maimoon kerana mahu menyelamatkan suaminya Tuan Shapie, dari menjadi mangsa saka.Akibatnya, ayah Armand, Tuan Salleh yang berada di sisi Opah maimoon sewaktu perempuan itu nazak, mengambil saka tersebut kerana kasihan. Namun, saka hanya menumpang dan tidak boleh dimusnahkan, selagi perjanjian di antara tuan asalnya tidak dibatalkan.Akhirnya, Armand setuju memberi saka itu semula kepada Karlisa dengan harapan sebaik saka kembali kepada tuan asalnya, saka itu boleh dimusnahkan dengan bantuan seorang ustaz, Ustaz Zailan. Namun saka itu tidak musnah dan masih berada bersama-sama Karlisa.
Genre: Horror Release Date: 14 Apr 2011 Cast: Liyana Jasmay, Zahiril Adzim, Faezah Elai, Kamal Adli Director: Ahmad Idham
Synopsis : Luna Latisya is a popular reality TV host for a show called “Meletups” who runs away after finding out that her boyfriend is cheating on her. Feeling heartbroken, Luna and her assistant Tom set off to a rural village in Kedah where she meets Atan, a handsome and kind villager. During her stay in the village, Luna starts to fall in love with the serene and peaceful lifestyle as well as gaining the approval of Atan’s family. However, a complication that happened in the city forces Luna to choose between the village life or return to her fabulous lifestyle back in the city.
Sinopsis : Luna Latisya seorang pengacara terkenal, bercinta dengan Ryan Hidayat, seorang pelakon. Program yang diacarakannya (Meletops) memerlukan beliau menerjah kehidupan peribadi selebriti tanahair. Yang terkini, ‘Meletops’ ke rumah Ryan Hidayat untuk kejutan hari lahirnya. Namun lain pula yang terjadi apabila Ryan ditemui bersekedudukan dengan seorang artis baru, Siti Senjakala. Luna berang lalu terus memandu pergi bersama Tom, pembantu peribadinya. Tom membawa Luna ke kampung halamannya di Utara Semenanjung. Sampai di kawasan kampung, kereta Luna tersekat di kawasan lumpur, memaksa Luna dan Tom bermalam di dalam kereta.Keesokannya, mereka ditemui oleh Atan, kawan baik Tom di kampung. Mereka dibawa ke rumah Atan. Pada awalnya Luna sukar menyesuaikan diri dengan persekitaran kampung. Setelah beberapa hari, kereta Luna masih belum siap. Luna tiada pilihan, kecuali terus bermalam di rumah Atan. Namun keluarga besar Atan yang cepat mesra menyebabkan Luna mula menyesuaikan diri. Adik Atan, Manis, gadis `istimewa’ sangat sukakan Luna. Kereta sudah siap, tibalah masa Luna perlu kembali ke Kuala Lumpur. Luna yang mula jatuh hati dengan persekitaran dan orang-orang di situ meminta izin untuk tinggal lebih lama. Semua orang gembira dengan keputusan Luna. Luna dan Atan semakin rapat, walaupun sering tak sependapat.Luna kini mengenali kehidupan kampung yang selama ini begitu jauh daripada dirinya. Daripada bermain lumpur di sawah, menunggang kerbau, hinggalah memasak di dapur kayu, semua sudah dipelajarinya. Orang popular sepertinya, lambat-laun pasti dapat dijejaki. Krew penerbitan ‘Meletops’ dapat menjejaki Luna. Ryan turut serta untuk memujuk. Luna tiada pilihan, kecuali pulang ke KL apabila Atan menghalaunya setelah menyangka Luna adalah tunangan Ryan yang selama ini cuba disembunyikan oleh Luna. Luna kini kembali mengacara. Candy, penerbit rancangan ‘Meletops’ sentiasa mahukan rancangannya mengungguli carta teratas. Tanpa pengetahuan Luna, Candy menjemput Atan menjadi tetamu rancangannya. Atan bersetuju. Merekapun bertolak ke KL menaiki lori Atan. Rancangan bersiaran secara langsung, Atan dibawa masuk… Luna dan Atan terkedu apabila bertentang mata. Atan marahkan Luna kerana menyangka Luna menipu dan mempermainkannya. Luna pula marahkan Candy kerana memperalatkan mereka berdua untuk menaikkan lagi carta rancangan ‘Meletops’.
Genre: Comedy / Romance Release Date: 31 Mar 2011 Running Time: 1 Hour 45 Minutes Distributor: Tayangan Unggul Cast: Maya Karin, Remy Ishak, Jehan Miskin, Ning Baizura, Faezah Elai, Marsha,Kartina Aziz Director: Osman Ali