SIDEBAR
»
S
I
D
E
B
A
R
«
Iron Man 2 Memang Gempak
May 7th, 2010 by admin

Iron Man 2 sambungan dari filem Iron Man memanglah filem gempak yang penuh animasi dan aksi yang tentunya lebih menarik dari filem iron man 1.

Release Date: 29 April 2010
Language: English
Subtitle: Malay, Chinese
Genre: Action, Adventure
Running Time: 2 hours 3 minutes
Director: Jon Favreau
Cast: Robert Downey Jr., Gwyneth Palthrow, Don Cheadale, Mickey Rourke, Scarlett Johansson.

Trailer Iron Man 2:

Sinopsis:

Dengan dunia sekarang sedar kehidupan ganda sebagai pahlawan super Iron Man lapis baja, Miliarder penemu Tony Stark (Robert Downey Jr) menghadapi tekanan dari kerajaan, akhbar, dan masyarakat untuk berkongsi teknologi dengan tentera. Bersedia untuk melepaskan penemuannya, Stark, Pepper Potts bersama (Gwyneth Paltrow), dan James “Rhodey” Rhodes (Don Cheadle) di sisinya, harus menjalin perikatan baru – dan menghadapi musuh yang kuat.

IP Man 2 Memang Best
May 5th, 2010 by admin


IP Man 2 telah berada di wayang bermula 29 April yang lepas. Dah tengok? Memang best..Ni sinopsis:


Release Date: 29 April 2010
Language: Cantonese
Genre: Action, Drama
Running Time: 1 hour 49 minutes
Director: Wilson Yip
Cast: Donnie Yen, Sammo Hung, Lynn Hung, Huang Xiao Ming, Louis Fan .

Trailer:

Synopsis: Setelah kemenangannya atas Jeneral Jepun di Foshan, Ip Man (Donnie Yen) bergerak ke Hong Kong. Dia mendirikan sebuah sekolah seni bela diri untuk mengajar Wing Chun. Di sini, ia ditentang oleh master kung fu lain, termasuk Sifu Hung (Sammo Hung) yang master dalam Hung Quan. Sifu Hung dan Ip Man menerima cabaran untuk menguji kekuatan dan yang menang akan dipuja sebagai master yang diiktiraf di Hong Kong.

Sementara itu, Twister, juara peninju yang kuat tetapi kejam yang membenci kung fu China telah menghancurkan pasar buah dan memperendahkan institusi kung fu. Twister, yang juga menyebabkan kematian Sifu Hung, lalu mencabar master kung fu China untuk beradu tenaga di tempat awam. Ip dipenuhi dengan kesedihan dan marah dan ia memutuskan untuk menerima cabaran. Dia bersumpah untuk menuntut kembali martabat kung fu China dan orang-orang Cina. Pertempuran yang marah akan bermula ..

Laman web movie IP Man 2: http://www.ipman2-movie.com/

Filem Papadom Di Panggung Wayang 8 Oktober
Aug 21st, 2009 by admin

filem-papadom

Anugerah telah diperoleh namun ceritanya belum lagi keluar di wayang. Sebuah lagi cerita arahan Afdlin Shauki bakal menemui anda 8 Oktober 2009. Filem papadom nyata mengundang kejutan di acara kemuncak festival filem malaysia ke 22 baru-baru ini.

Jom layan trailer movie Papadom ni dulu:

Judul: PapaDom
Tagline: Sebuah kisah mengenai seorang bapa, seorang anak dan papadom.
Genre: Drama / Komedi
Pengarah: Afdlin Shauki
Penerbit: Tayangan Unggul Sdn Bhd
Kos penerbitan: RM1.44 juta

Pelakon:
Afdlin Shauki (Saadom)
Noorkhiriah (Munira)
Liyana Jasmay (Miasara)
Vanidah Imran (Profesor Balqis)
Farid Kamil (Hisham)
Scha (Shasha)
Chelsia Ng (Yvonne)
Que Haidar (Mat)
Harun Salim Bachik (Hussin)
Pete Teo (Alan)
Adham Malek (Ali)

Tarikh tayangan:  8 Oktober 2009

5 anugerah dimenangi oleh Filem Papadom ini iaitu Filem terbaik, Cerita Asal Terbaik, Skor Muzik Terbaik,  Pelakon Lelaki Terbaik (Afdlin Shauki) dan Pelakon Wanita Terbaik (Liyana Jasmay). Filem komedi kelakar Papadom ini mencerita seorang bapa tunggal, Saadom (Afdlin Shauki) yang juga penjual nasi kandar dan anaknya, Mia@ Miasara (Lyana Jasmay). Pelbagai rintangan dan cubaan Afdlin lalui dalam cuba membesarkan anaknya seorang diri lebih-lebih lagi ketika anaknya semakin dewasa.

Sinopsis/review:

Pada mulanya saadom seorang peniaga nasi kandar yang sibuk sehinggakan terlupa tanggungjawab kepada keluarganya. Pada suatu hari, isterinya meninggal ketika nak pergi tengok anaknya terima anugerah di sekolah. Sebelum itu, isterinya pernah nasihatkan Saadom untuk menjaga anaknya seperti perniagaannya juga jika dia tiada nanti. Ini membuatkan Saadom tersedar akan kesilapannya. Dia berhenti berniaga dan cuba menjadi penjaga Mia, anaknya setiap masa sehinggalah di sekolah. Anaknya rimas dengan keadaan ini namun Saadom tetap berkeras.

Mia akhirnya mendapat tawaran masuk UiTM dan ayahnya pun turut nak ikut sekali. Mia tetap berkeras dan mengugut untuk berhenti belajar jika ayahnya mengganggunya. Saadom tetap tak berputus asa dan cuba memohon menjadi tukang kebun di U di mana Mia belajar. Macamana seterusnya? Jangan lupa nantikan filem ini di pawagam 8 Oktober 2009 nanti. 🙂

G.I. Joe: The Rise of Cobra Filem Gempak
Aug 20th, 2009 by admin

g-i-joe-movies

G.I. Joe: The Rise of Cobra adalah cerita gempak yang best dan sangat best untuk ditonton di wayang. Sound efek, special efek dan jalan cerita yang direka sangat menarik sehinggakan nak gi toilet pun anda sanggup tahan tau..

Tak tengok lagi? tengok dulu trailer ni dan pasti anda akan tak sabar nak gi tengok kat wayang punyer.

Based on the successful toy series by Hasbro, GI Joe is the code name for an elite strike force comprising of personnel from all branches of the United States military. Their primary purpose is be a counterforce to the huge terrorist organization called Cobra which is gunning for world domination.

Info: G.I. Joe (1985) IMDB

Filem G.I Joe ini seperti anda tahu adalah diadaptasi dari kartun masa kita kecil2 dulu..Ingat lagi kartun US ni yang selamatkan bumi dari kuasa jahat.

Filem Setem Memang Best
Aug 20th, 2009 by admin

filem-setem-best

Satu lagi filem kabir bhatia yang menaikkan nama beliau sebaris pengarah melayu lain dalam mengarah sebuah filem melayu komedi aksi terbaik. Bukan dari segi jalan cerita dan lakonan pelakon sahaja patut dipuji, malah special efek atau kesan khas yang digunakan patut dipuji.

adegan-filem-setem

Filem setem memberi nafas baru dengan memaparkan jalan cerita mengenai beberapa siri perancangan bagi mendapatkan satu setem yang berharga RM4 juta. Geng thosai, geng anak yatim, geng piranha dan geng bakso adalah geng yang nak setem tu. Siapakah antara mereka mampu mendapatkannya? Tontonlah filem setem yang memang best.

Bayangkan dalam masa 2 minggu sahaja, filem ini sudah mampu mengutip RM2 juta!! wahh..satu kejayaan yang boleh dibanggakan untuk filem melayu. Nampaknya rakyat Malaysia sudah bosan dengan cerita melayu yang biasa (tentang kekasih, pergolakkan rumah tangga kaya)..

So kepada pengarah-pengarah, cari lah idea berbeza dari cerita biasa ni..Kami dah bosan..bosan dan bosan..

Filem Shh.. Dia Datang Ogos Ini
Jul 25th, 2009 by admin

shh-dia-datang

Filem arahan saiful apek yang dikatakan banyak masalah ini dengar khabarnya akan ditayangkan pada Ogos ini.

Lakonan:

:
Enol (Pelakon Utama)
:
Edd (Pelakon Utama)
:
Datin Kat (Pelakon Pembantu)
:
Dato’ G (Pelakon Pembantu)
:
Zara (Pelakon Pembantu)
:
Pak Da (Pelakon Pembantu)
:
Mak Da (Pelakon Pembantu)
:
Udin (Pelakon Pembantu)
:
Mat (Pelakon Pembantu)
:
Mar (Pelakon Pembantu)
:
Pengarah Filem (Pelakon Pembantu)
:
Marina/ Safea (Pelakon Pembantu)
:
Perogol (Pelakon Pembantu)
:
Krew Produksi (Pelakon Pembantu)
:
Raja (Pelakon Pembantu)
:
Datin Julie (Pelakon Pembantu)
:
Pemilik Warung (Pelakon Pembantu)
:
Yana (Heroin Filem Samseng) (Pelakon Pembantu)
:
Lia (Pelakon Pembantu)
:
Rina (Pelakon Pembantu)
:
Editor (Pelakon Pembantu)
:
Pelanggan Gerai 1 (Pelakon Pembantu)
:
Pelanggan Gerai 2 (Pelakon Pembantu)
Sinopsis:

Edd(Aaron Aziz) dan Enol(Saiful Apek) merupakan kawan baik sejak dari kecil lagi. Mereka mempunyai hobi yang sama iaitu mengumpul barang-barang terbuang dan itulah juga mata pencarian mereka seharian. Mereka berdua sering melepak di gerai Pak Da bersama-sama dengan kawan-kawan mereka yang lain iaitu Udin dan Mat.

Satu hari mereka telah terbaca iklan jawatan kosong mencari pekerja filem. Edd dan Enol sememangnya mempunyai impian dan sering berangan-rangan untuk menjadi pengarah filem. Mereka sering di tertawakan oleh kawan-kawan mereka iaitu pak Da(Zami Ismail), Mak Da(Khatijah Tan), Udin(Imuda) dan Mat(Ahmad Busu). Mereka tetap mencuba nasib dan akhirnya di panggil untuk temuduga. Nasib mereka baik apabila di terima untuk menjadi pekerja filem. Semasa menghadiri temuduga, Datin Kat(Kuna), pengusaha filem telah terpikat dengan Enol semasa mereka bertembung.

Mereka sangat gembira bila terima panggilan yang mereka telah di terima bekerja sebagai pekerja Namun begitu, nasib tidak menyebelahi mereka apabila Edd terlibat dalam kemalangan sewaktu dalam perjalanan pergi kerja pada hari pertama. Edd tidak dapat diselamatkan. Sebelum menghembuskan nafas yang terakhir, Edd ada meninggalkan pesan kepada sahabatnya Enol. Enol hampir berputus asa untuk meneruskan impiannya untuk menjadi pekerja filem. Namun kemunculan Raja(Acappan) menjadikannya semakin bersemangat dan bertekad untuk meneruskan impiannya dan sahabatnya Edd.

Bermulalah kehidupan Enol sebagai pekerja filem. Setelah melaporkan diri di set pengambaran, beliau di beri tugas sebagai ‘handyman’. Dari hari ke hari, Enol belajar serba sedikit cara-cara pembikinan filem dan menyimpan hasrat untuk menjadi pengarah filem. Enol berkenalan dengan Zara(Airis Yasmin) secara kebetulan. Zara merupakan gadis kampung yang datang ke Bandar dan bercita-cita untuk menjadi pelakon. Hari makin hari hubungan mereka menjadi rapat. Dalam pada itu, Datin Kat sering turun ke lokasi untuk menambat hati Enol. Pada mulanya Enol rasa kekok dan tidak selesa, tapi bila dia memikirkan itulah satu-satunya peluang jika dia ingin menjadi pengarah filem, terus dia melayan segala kerenah Datin Kat.

Datin Kat yang di kala itu kesunyian dan mempunyai pergolakan rumahtangga dengan suaminya Dato G(Shukery Hashim), terus melayan dan memikat Enol dengan wang ringgitnya. Dato G merupakan seorang suami yang suka berfoya-foya dan hidup mewah atas harta isterinya sendiri. Gadis-gadis yang menjadi pelakon tambahan di dalam filemnya pasti akan menjadi gadis tambahannya pula untuk bersuka-ria. Semua pertemuan akan di atur oleh Pengurus Produksinya iaitu Angah (Angah Raja LAwak).

Datin Kat dah lama tahu mengenai kegiatan suaminya, sehinggalah pada suatu hari telah berlaku satu konflik di lokasi yang melibatkan Enol dan Pengarah(Jalil Hamid). Datin Kat masuk campur dan bermula dari hari itu Datin Kat telah bertekad untuk mengambil alih production nya itu. Dato G tidak bersetuju dan mula mengelabah. Dato G telah menetapkan syarat dan menyuruh Datin Kat menandatangani perjanjian seandainya Datin Kat ingin mengambil alih production tersebut. Datin Kat bersetuju dengan segala syarat-syarat yang telah di tetapkan. Ini memeranjatkan Dato G kerana pada awalnya, syarat yang dikenakan adalah dengan harapan Datin Kat tidak bersetuju dan menyerah kalah. Tapi sebaliknya pula yang terjadi.

Apakah yang akan terjadi seterusnya…Adakah Datin Kat berjaya menyiapkan filem tersebut? Apakah Enol bersedia dan berjaya menjadi seorang pengarah filem, sedangkan dia tidak mempunyai apa-apa pengalaman dalam bidang pengarahan. Bagaimana dengan hubungan Enol dan Zara? Siapa yang dipilih oleh Enol di antara Zara, seorang gadis kampung yang lemah lembut dan cantik atau pun Datin Kat, seorang wanita kaya yang berharta dan berkedudukan?….Saksikan kesudahannya dalam filem Shhh…Dia Datang

Detail dari sinema malaysia

Pengarah Yasmin Ahmad Meninggal Dunia
Jul 25th, 2009 by admin

yasmin-ahmad

KUALA LUMPUR 25 Julai — Pengarah filem dan iklan terkenal Yasmin Ahmad meninggal dunia kira-kira 11.25 malam ini.

Perkara itu disahkan oleh Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Media Prima Datuk Seri Ahmad Farid Ridzuan yang berada di Hospital Pakar Damansara ketika dihubungi Bernama.

Yasmin, 51, rebah ketika membentangkan kertas kerja di Sri Pentas, ibu pejabat stesen televisyen TV3, pada Khamis dan dikejarkan ke hospital berkenaan.

Beliau, Yasmin Ahmad dilaporkan mengalami strok dan pendarahan di bahagian otak dan koma sebelum ini. — Bernama

Dari Utusan

Filem Skrip 7707 Memalukan
Jul 23rd, 2009 by admin

skrip-7707

Rata-rata penonton filem skrip 7707 arahan PM A. Razak Mohaideen mengeluarkan kata-kata yang pasti tak sedap didengari oleh barisan pelakon dan pengarah filem ini. Mana taknya, filem seram tapi klasifikasi U. tak ke pelik? Maksudnya tak seramlah..tapi boleh ke U sebab ada adegan gantung diri..

Pastu ada pulak part yang kantoi hantu tipu..Tulah, saya dah lama cakap jangan tengok cerita Razak Mohaideen kecuali ikut CD atau tunggu keluar kat TV. Walaupun cerita ni dah main start 16/7/09 lagi, tapi ternyata sambutan memalukan..yerlah dah tahu mutu macamana. PAstu cerita hantu pulak banyak-banyak dalam 1 cerita..tak sempat nak seram dah tukar cerita lain. Baik korang tengok keliwon kat TV3 setiap malam Khamis, lagi best..tak rugi duit korang..

Filem ni jugak rasanya memalukan Grand Brilliance sebab biasanya filem keluaran Grand Brilliance memang best, tapi tidak untuk filem teruk 7707.. Tolonglah buat filem melayu yang best..

Korang tensyen cerita melayu tak best? Tunggu Filem Setem, gerenti best.. 30/7/09

Yasmin Ahmad Koma
Jul 23rd, 2009 by admin

yasmin-ahmad

Gempar..Pengarah berkaliber yang selalu mengeluarkan filem sensasi, Yasmin Ahmad, 51 tahun dah disahkan koma dan sedang dirawat di Wad ICU Pusat Pakar Perubatan Damansara. Beliau dikatakan rebah akibat di serang strok dan koma ketika membentangkan kertas kerja kepada TV3 di Sri Pentas sebentar tadi. Ada juga ura-ura mengatakan beliau meninggal. Namun pengesahan sebenar masih belum diterima.

Film director Yasmin Ahmad in hospital

PETALING JAYA: Critically-acclaimed movie and TV commercial director Yasmin Ahmad was admitted to hospital after feeling unwell during a presentation she was giving at TV3.

She was taken to the Intensive Care Unit at the Damansara Specialist Hospital, where she is now on life support and in stable condition.

She is believed to have suffered a stroke and was in a coma for a short while before doctors there successfully revived her.

Yasmin, 51, the director of Sepet, is particularly well known for the community message commercials she directed for Petronas.

She began her career in advertising as a copywriter at Ogilvy & Mather, eventually rising to creative director at Leo Burnett Kuala Lumpur.

Her movies have won many international awards and have been screened at the Berlin, San Francisco, Singapore and Cannes international film festivals.

Last November, she was inducted into the inaugural Malaysian Advertising Hall of Fame by the Association of Accredited Advertising Agents Malaysia.

Sedutan dari The Star

Blog Yasmin Ahmad

MBO U MALL, SKUDAI TELAH DIBUKA! 4 JULAI 2009
Jul 17th, 2009 by admin

mbo-cinema-umall

Pembukaan cawangan baru 5 skrin oleh MBO Cinema di U Mall di Taman Pulai Utama, Skudai, telah dilakukan pada 4 Julai 2009 yang lepas. Terletak pada tikngkat 1, 5 panggung yang boleh menempatkan 642 penonton pada satu masa telah dan sedang menayangkan  “Transformers: Revenge Of The Fallen” dan “Ice Age 3: Dawn Of The Dinosaurs”.

Panggung wayang ini menyasarkan golongan muda terutamanya pelajar UTM Skudai. Pihak MBO mengatakan bahawa satu lagi cawangan akan dibuka sedikit masa lagi di The Spring, Kuching, Sarawak dan akan dibuka Ogos 2009.

Skudai merupakan sebuah koridor pembangunan dalam kawasan Johor Tenggara. Skudai terletak 8km dari  Kulai dan 16 km dari Bandaraya Johor Bahru di mana terletaknya kebanyakkan panggung wayang besar di Johor. MBO Skudai ini adalah tapak kedua MBO Cinemas di Johor selepas membuka cawangan di MBO Square One Mall di Batu Pahat yang dibuka awal Januari 2009.

MBO Cineplex yang baru di U Mall dijangka untuk menyaingi panggung wayang terdekat iaitu Star Screen Cinema di Plaza Tasik Skudai, Johor Bahru.

Lokasi: U Mall, Skudai

Alamat: F36, 1st Floor U Mall, 45, Jln Pulai Utama 20, Tmn Pulai Utama, 81300 Skudai, Johor

Tel No: 07- 521 1025  Fax No: 07-521 1022

Bilangan panggung: 5

Untuk booking seat Mbo Cinema U Mall Skudai sila hubungi 07- 521 1025

Normal Price Blockbuster Monday Special (Selected Movie) Tuesday Special (Selected Movie) Wednesday Special (Selected Movie) Senior Citizen Kids Below 12 years Public Holidays (All Movie)
Ampang Galaxy RM8 RM9 RM7 RM6 RM5 RM5 RM5 RM9*
Kluang Parade RM8 RM9 RM7 RM6 RM5 RM5 RM5 RM9*
Melaka Mall RM8 RM9 RM7 RM6 RM5 RM5 RM5 RM9*
Terminal 2 Seremban RM8 RM9 RM7 RM6 RM5 RM5 RM5 RM9*
Square One BatuPahat RM8 RM9 RM7 RM6 RM5 RM5 RM5 RM9*
U Mall Skudai RM8 RM9 RM7 RM6 RM5 RM5 RM5 RM9*
»  Site: Latest Movies Database   »  Style: Ahren Ahimsa