Enter your email address:
Delivered by FeedBurner
Movie 2014: Lagenda Budak Setan 3: Kasyah
Lagenda Budak Setan 3: Kasyah Synopsis
After Kasyah looses his beloved wife and daughter, he is determined to start anew with Kate. They adopt his brother`s daughter and the couple get married. However, Read the rest of this entry »
Movie 2014: Ribbit
Ribbit Synopsis :
“Ribbit” tells the tale of a frog named Ribbit with an identity crisis. Unlike other frogs, Ribbit hates hopping and has a strong aversion to water. Feeling a misfit, he is full of questions about his life. Together with his best friend, a flying squirrel, he embarks on a soul-searching journey in search of the truth and his rightful place in this world. Confusion reigns when Ribbit accidently hypnotized by a conman or rather, a ‘conbat’, Read the rest of this entry »
Synopsis: “Justin Bieber: Never Say Never” is the inspiring true story and rare inside look at the rise of Justin from street performer in the small town of Stratford, Ontario to Internet phenomenon and global super star, culminating with a dream soldout show at the famed Madison Square Garden in 3D.
Release Date: 14 April 2011 Language: English Subtitle: Info Not Available Genre: Musical / Biography / Drama Director: Jon Chu Cast: Jaden Smith, Miley Cyrus, Justin Bieber
Official Website : http://www.justinbieberneversaynever.com/
Sinopsis: KHURAFAT-Perjanjian Syaitan mengisahkan perjanjian terlarang, persekongkolan antara manusia & syaitan.Satu bentuk penyelewengan yang nyata dalam Aqidah Islam dan amat ditegah dalam Agama.Manusia, disogok dengan nafsu serakah dan dendam membara, tanpa mengira akibat dan bahana, rela membelakangkan Allah untuk memperoleh apa yang dicita walau dengan apa cara, akhirnya hanyut dengan bisikan dan tipu daya syaitan durjana.
Kisah bermula dengan Johan, seorang pemuda yang berkerja sebagai Pembantu Perubatan di sebuah hospital kerajaan. Dia sudah berkahwin dan mempunyai seorang isteri bernama Ayshah. Seawalnya pasangan ini hidup aman & bahagia, namun tanpa disangka ujian melanda di pertengahan jalan, kesan daripada ‘gangguan misteri’ yang berterusan.
Dalam pada masa gangguan-gangguan itu, hadir pula seorang perempuan tua yang tidak Johan kenali namun sering menyapa dan cuba mendekati Johan sewaktu di tempat kerja. Tanda tanya dan trauma yang melanda Johan & Ayshah tidak habis di sana, malah ditambah dengan munculnya bekas teman wanita Johan yang bernama Anna.Walaupun setelah mengetahui Johan sudah berumah tangga dan bergelar suami yang sah pada Ayshah, Anna masih terus mengganggu dan merayu untuk menerimanya semula. Ini menyebabkan Johan bertambah runsing dan bertekad untuk mempertahankan rumah tangganya dengan segala daya.
Tidak lama setelah berkali-kali ditolak cintanya, Anna ditemui mati;bunuh diri. Kematian Anna adalah kemuncak bagi segala siri kejadian misteri yang berlaku dalam hidup Johan & Ayshah.
Apa yang menghantui dan menggangu Johan & Ayshah sebenarnya? Adakah ini semua hanya halusinasi dan gangguan minda mereka atau adakah ini semua merupakan petanda-petanda bagi merungkai jawapan bagi semua persoalan mereka?
Segalanya akan terjawab bila anda menyaksikan “KHURAFAT-Perjanjian Syaitan” yang akan ditayangkan serentak di pawagam seluruh Malaysia pada 13 Januari 2011.
Synopsis Khurafat: “Khurafat” begins with Johan (Syamsul Yusof), a young man working as an assistant in a government hospital. He is a married man who has a wife named Aishah (Liyana Jasmay). The newlyweds are leading a peaceful life when suddenly they find themselves besieged by a weird creature. The presence of a mysterious old woman, together with the sudden emergence of Johan’s ex-girlfriend Anna (Sabrina Ali) add to the mystery. Anna is always disturbing Johan even though she knows Johan is now with Aishah.
Trailer Khurafat – Perjanjian Syaitan:
Release Date: 13 January 2011 Language: Malay Genre: Horror Running Time: 1 Hour 20 Minutes Distributor: Skop Production Director: Syamsul Yusof Cast/Para Pelakon:
Syamsul Yusof … Johan Liyana Jasmay … Aishah Sabrina Ali … Anna Salina Saibi … Zura. Zendy … Rosman Fauziah Nawi … Ibu Johan Nur Huda … Ila Mariani … Nenek Latif Borgiba … Bomoh
Laman web rasmi filem khurafat: http://www.skop.com.my/film_khurafat_baru.html
Nantikan di pawagam 13 Januari 2011
Iron Man 2 sambungan dari filem Iron Man memanglah filem gempak yang penuh animasi dan aksi yang tentunya lebih menarik dari filem iron man 1.
Release Date: 29 April 2010 Language: English Subtitle: Malay, Chinese Genre: Action, Adventure Running Time: 2 hours 3 minutes Director: Jon Favreau Cast: Robert Downey Jr., Gwyneth Palthrow, Don Cheadale, Mickey Rourke, Scarlett Johansson.
Trailer Iron Man 2:
Sinopsis:
Dengan dunia sekarang sedar kehidupan ganda sebagai pahlawan super Iron Man lapis baja, Miliarder penemu Tony Stark (Robert Downey Jr) menghadapi tekanan dari kerajaan, akhbar, dan masyarakat untuk berkongsi teknologi dengan tentera. Bersedia untuk melepaskan penemuannya, Stark, Pepper Potts bersama (Gwyneth Paltrow), dan James “Rhodey” Rhodes (Don Cheadle) di sisinya, harus menjalin perikatan baru – dan menghadapi musuh yang kuat.
Rata-rata penonton filem skrip 7707 arahan PM A. Razak Mohaideen mengeluarkan kata-kata yang pasti tak sedap didengari oleh barisan pelakon dan pengarah filem ini. Mana taknya, filem seram tapi klasifikasi U. tak ke pelik? Maksudnya tak seramlah..tapi boleh ke U sebab ada adegan gantung diri..
Pastu ada pulak part yang kantoi hantu tipu..Tulah, saya dah lama cakap jangan tengok cerita Razak Mohaideen kecuali ikut CD atau tunggu keluar kat TV. Walaupun cerita ni dah main start 16/7/09 lagi, tapi ternyata sambutan memalukan..yerlah dah tahu mutu macamana. PAstu cerita hantu pulak banyak-banyak dalam 1 cerita..tak sempat nak seram dah tukar cerita lain. Baik korang tengok keliwon kat TV3 setiap malam Khamis, lagi best..tak rugi duit korang..
Filem ni jugak rasanya memalukan Grand Brilliance sebab biasanya filem keluaran Grand Brilliance memang best, tapi tidak untuk filem teruk 7707.. Tolonglah buat filem melayu yang best..
Korang tensyen cerita melayu tak best? Tunggu Filem Setem, gerenti best.. 30/7/09
Filem Setem akan berada di pawagam bermula 30 Julai 2009. Sebuah filem arahan Kabir Bhatia yang menampilkan barisan artis yang cukup mantap. Yang penting pelakon yang saya minat, Afdlin Shauki dan vanidah imran ada dalam filem ni. hehe..Untuk elakkan jeles, Rashidi Ishak iaitu suami vanidah imran turut berlakon..
Wahh…serius ianya sebuah filem melayu terhebat..Kenapa?
Sebab biasa filem melayu mesti berkaitan cinta dan masalah keluarga..Kali ini ianya berkaitan sekeping SETEM. Bukan sebarang setem. Setem ini dibuat ketika Gabenor Melaka (Lord Arthur Barring) pada 1847 mahukan sesuatu untuk diingati oleh generasi seterusnya. Beliau melantik seorang pembuat jam untuk mencipta sekeping setem. Tapi beliau membuangnya sebab berlaku kesilapan lalu dikutip oleh cucunya.
Kisah ini terhenti disitu sehinggalah tahun 2008, Charles Barring IV menggemparkan Malaysia dengan setem tersebut yang dianggarkan berharga RM 2 juta. Satu sidang akhbar diadakan untuk mengumumkan kepulangan setem ini ke Melaka.
Mulalah disini beberapa pihak cuba mendapatkan setem ini. Pak Ramli yang memaksa Sid dan Joe mencuri setem itu untuk menampung kos membeli tanah tapak rumah anak-anak yatim yang diuruskannya. Pak Ramli memerlukan RM 500,000.00. Bukan sid dan joe sahaja, Piranha Lim, seorang ketua kumpulan Ah Long juga berminat. Begitu juga dengan Vellu yang bekerja sebagai pemandu di syarikat keselamatan yang akan membawa setem tersebut ke muzium. Masing-masing merancang untuk mendapatkan setem tersebut. Oleh kerana begitu banyak perancangan yang dilakukan untuk setem tersebut, keadaan menjadi kacau-bilau.
Kumpulan mana dan siapakah yang berjaya mendapatkan SETEM ini? Tontoni filem komedi pertama arahan Kabir Bhatia ini di pawagam bermula 30 Julai nanti…
Info filem:
Pengarah: Kabir Bhatia
Penulis skrip: Kabir & Mira Mustaffa
Pelakon: Afdlin Shauki, Rashidi Ishak, Vanidah Imran, Indi Nadarajah, Que Haidar, Sathia, Harun Salim Bachik, Bront Palarae, Isma Yusof
Genre: Komedi/Aksi
Penerbit: Tayangan Unggul Sdn Bhd
Bajet: RM1.8 juta
Lokasi: Lembah Klang dan Melaka
Tempoh penggambaran: 40 hari
Di Tayang: 30 Julai 2009
Laman web: http://www.setemmovie.com/
Juga anda boleh download wallpaper dan poster filem setem di web di atas.
Tayangan Unggul Sdn Bhd (TUSB) telah ditubuhkan pada November 1996, berperanan untuk menerajui bidang penerbitan dan pengedaran filem. Sebagai anak syarikat Astro All Asia Networks plc, Tayangan Unggul mempunyai misi menjadi pengeluar filem dengan jaminan kualiti dan menjana pulangan yang baik dalam membantu perkembangan industri filem tanahair.
Bagi merealisasikan objektif syarikat, Tayangan Unggul memegang tiga (3) objektif utama dalam pengeluaran dan penerbitan filem. Pertama, mempelbagaikan genre filem dalam memenuhi citarasa dan kehendak khalayak penonton arus perdana. Kedua, mementingkan gandingan pengarah, artis dan tenaga kerja baru dan lama untuk mewujudkan pelapis dalam industri masa hadapan. Ketiga, menjalin kerjasama dan sokongan dengan para karyawan, agensi kerajaan serta luar negara bagi tujuan memartabatkan industri perfileman tempatan ke peringkat antarabangsa.
Dalam usahanya untuk menghasilkan filem-filem yang bermutu tinggi, TUSB telah mewujudkan Panel Penasihat yang terdiri daripada mereka yang profesional dan dihormati dalam industri perfileman tanahair. TUSB juga akan meningkatkan lagi pengeluaran filem dan berharap akan dapat membantu industri perfileman tanahair untuk lebih berkembang dan berdaya saing. TUSB juga mengutamakan pencarian sumber kreatif dan rakan kongsi baru di tanahair, juga di luar negara.
Sehingga kini, TUSB telah menerbitkan 16 buah filem dengan kerjasama lapan (8) orang pengarah iaitu Along Kamaludin, Rashid Sibir, Zulkiflie M.Osman, Aziz M.Osman, Bade Hj. Azmi, Afdlin Shauki, Mamat Khalid, dan Osman Ali. Sebanyak dua belas (12) buah filem telah ditayangkan termasuk Sara, Idola, Laila Isabella, KL menJERIT, Diari Romeo, Bintang Hati, Trauma, Berlari Ke Langit, Cinta Luar Biasa, Gangster, KL menJERIT 1 dan Baik Punya Cilok.
Dari jumlah 12 buah filem yang telah ditayangkan di pawagam sejak 2001, tujuh (7) buah filem telah mencapai kutipan ‘box-office’ dengan jumlah kutipan keseluruhan sebanyak RM20,790,039.00. Pada tahun 2005, tiga (3) buah filem iaitu Gangster (RM2.9 juta), KL menJERIT 1 (RM2.3 juta) dan Baik Punya Cilok (RM2.7 juta) yang ditayangkan dipawagam telah mencapai kutipan ‘box-office’ dengan penjualan 350,000 keping tiket telah mendapat penghargaan dari pihak FINAS sebagai ‘Penerbit – Jumlah Kutipan Tertinggi Filem 2005’.
TUSB sentiasa berusaha untuk mengetengahkan dan menggunakan bakat-bakat baru dan tenaga kerja kreatif dalam setiap projek filem. Ini adalah satu usaha berterusan bagi setiap penerbitan filem. TUSB juga mempunyai perancangan untuk menaja biasiswa untuk bakat-bakat muda dalam bidang filem.
Pada tahun 2006, empat (4) buah filem telag ditayangkan iaitu Man Laksa, Puaka Tebing Biru, ‘Zombie’ Kg. Pisang dan Syaitan.
Tahun demi tahun syarikat TUSB semakin berkembang dan maju setiap tahun. Maklumat lanjut: http://www.tayanganunggul.com