SIDEBAR
»
S
I
D
E
B
A
R
«
Filem Papadom Di Panggung Wayang 8 Oktober
Aug 21st, 2009 by admin

filem-papadom

Anugerah telah diperoleh namun ceritanya belum lagi keluar di wayang. Sebuah lagi cerita arahan Afdlin Shauki bakal menemui anda 8 Oktober 2009. Filem papadom nyata mengundang kejutan di acara kemuncak festival filem malaysia ke 22 baru-baru ini.

Jom layan trailer movie Papadom ni dulu:

Judul: PapaDom
Tagline: Sebuah kisah mengenai seorang bapa, seorang anak dan papadom.
Genre: Drama / Komedi
Pengarah: Afdlin Shauki
Penerbit: Tayangan Unggul Sdn Bhd
Kos penerbitan: RM1.44 juta

Pelakon:
Afdlin Shauki (Saadom)
Noorkhiriah (Munira)
Liyana Jasmay (Miasara)
Vanidah Imran (Profesor Balqis)
Farid Kamil (Hisham)
Scha (Shasha)
Chelsia Ng (Yvonne)
Que Haidar (Mat)
Harun Salim Bachik (Hussin)
Pete Teo (Alan)
Adham Malek (Ali)

Tarikh tayangan:  8 Oktober 2009

5 anugerah dimenangi oleh Filem Papadom ini iaitu Filem terbaik, Cerita Asal Terbaik, Skor Muzik Terbaik,  Pelakon Lelaki Terbaik (Afdlin Shauki) dan Pelakon Wanita Terbaik (Liyana Jasmay). Filem komedi kelakar Papadom ini mencerita seorang bapa tunggal, Saadom (Afdlin Shauki) yang juga penjual nasi kandar dan anaknya, Mia@ Miasara (Lyana Jasmay). Pelbagai rintangan dan cubaan Afdlin lalui dalam cuba membesarkan anaknya seorang diri lebih-lebih lagi ketika anaknya semakin dewasa.

Sinopsis/review:

Pada mulanya saadom seorang peniaga nasi kandar yang sibuk sehinggakan terlupa tanggungjawab kepada keluarganya. Pada suatu hari, isterinya meninggal ketika nak pergi tengok anaknya terima anugerah di sekolah. Sebelum itu, isterinya pernah nasihatkan Saadom untuk menjaga anaknya seperti perniagaannya juga jika dia tiada nanti. Ini membuatkan Saadom tersedar akan kesilapannya. Dia berhenti berniaga dan cuba menjadi penjaga Mia, anaknya setiap masa sehinggalah di sekolah. Anaknya rimas dengan keadaan ini namun Saadom tetap berkeras.

Mia akhirnya mendapat tawaran masuk UiTM dan ayahnya pun turut nak ikut sekali. Mia tetap berkeras dan mengugut untuk berhenti belajar jika ayahnya mengganggunya. Saadom tetap tak berputus asa dan cuba memohon menjadi tukang kebun di U di mana Mia belajar. Macamana seterusnya? Jangan lupa nantikan filem ini di pawagam 8 Oktober 2009 nanti. 🙂

G.I. Joe: The Rise of Cobra Filem Gempak
Aug 20th, 2009 by admin

g-i-joe-movies

G.I. Joe: The Rise of Cobra adalah cerita gempak yang best dan sangat best untuk ditonton di wayang. Sound efek, special efek dan jalan cerita yang direka sangat menarik sehinggakan nak gi toilet pun anda sanggup tahan tau..

Tak tengok lagi? tengok dulu trailer ni dan pasti anda akan tak sabar nak gi tengok kat wayang punyer.

Based on the successful toy series by Hasbro, GI Joe is the code name for an elite strike force comprising of personnel from all branches of the United States military. Their primary purpose is be a counterforce to the huge terrorist organization called Cobra which is gunning for world domination.

Info: G.I. Joe (1985) IMDB

Filem G.I Joe ini seperti anda tahu adalah diadaptasi dari kartun masa kita kecil2 dulu..Ingat lagi kartun US ni yang selamatkan bumi dari kuasa jahat.

Filem Setem Memang Best
Aug 20th, 2009 by admin

filem-setem-best

Satu lagi filem kabir bhatia yang menaikkan nama beliau sebaris pengarah melayu lain dalam mengarah sebuah filem melayu komedi aksi terbaik. Bukan dari segi jalan cerita dan lakonan pelakon sahaja patut dipuji, malah special efek atau kesan khas yang digunakan patut dipuji.

adegan-filem-setem

Filem setem memberi nafas baru dengan memaparkan jalan cerita mengenai beberapa siri perancangan bagi mendapatkan satu setem yang berharga RM4 juta. Geng thosai, geng anak yatim, geng piranha dan geng bakso adalah geng yang nak setem tu. Siapakah antara mereka mampu mendapatkannya? Tontonlah filem setem yang memang best.

Bayangkan dalam masa 2 minggu sahaja, filem ini sudah mampu mengutip RM2 juta!! wahh..satu kejayaan yang boleh dibanggakan untuk filem melayu. Nampaknya rakyat Malaysia sudah bosan dengan cerita melayu yang biasa (tentang kekasih, pergolakkan rumah tangga kaya)..

So kepada pengarah-pengarah, cari lah idea berbeza dari cerita biasa ni..Kami dah bosan..bosan dan bosan..

»  Site: Latest Movies Database   »  Style: Ahren Ahimsa