SIDEBAR
»
S
I
D
E
B
A
R
«
Tayangan Unggul Sdn Bhd
July 15th, 2009 by admin

logo-tayangan-unggul

Tayangan Unggul Sdn Bhd (TUSB) telah ditubuhkan pada November 1996, berperanan untuk menerajui bidang penerbitan dan pengedaran filem. Sebagai anak syarikat Astro All Asia Networks plc, Tayangan Unggul mempunyai misi menjadi pengeluar filem dengan jaminan kualiti dan menjana pulangan yang baik dalam membantu perkembangan industri filem tanahair.

Bagi merealisasikan objektif syarikat, Tayangan Unggul memegang tiga (3) objektif utama dalam pengeluaran dan penerbitan filem. Pertama, mempelbagaikan genre filem dalam memenuhi citarasa dan kehendak khalayak penonton arus perdana. Kedua, mementingkan gandingan pengarah, artis dan tenaga kerja baru dan lama untuk mewujudkan pelapis dalam industri masa hadapan. Ketiga, menjalin kerjasama dan sokongan dengan para karyawan, agensi kerajaan serta luar negara bagi tujuan memartabatkan industri perfileman tempatan ke peringkat antarabangsa.

Dalam usahanya untuk menghasilkan filem-filem yang bermutu tinggi, TUSB telah mewujudkan Panel Penasihat yang terdiri daripada mereka yang profesional dan dihormati dalam industri perfileman tanahair. TUSB juga akan meningkatkan lagi pengeluaran filem dan berharap akan dapat membantu industri perfileman tanahair untuk lebih berkembang dan berdaya saing. TUSB juga mengutamakan pencarian sumber kreatif dan rakan kongsi baru di tanahair, juga di luar negara.

Sehingga kini, TUSB telah menerbitkan 16 buah filem dengan kerjasama lapan (8) orang pengarah iaitu Along Kamaludin, Rashid Sibir, Zulkiflie M.Osman, Aziz M.Osman, Bade Hj. Azmi, Afdlin Shauki, Mamat Khalid, dan Osman Ali. Sebanyak dua belas (12) buah filem telah ditayangkan termasuk Sara, Idola, Laila Isabella, KL menJERIT, Diari Romeo, Bintang Hati, Trauma, Berlari Ke Langit, Cinta Luar Biasa, Gangster, KL menJERIT 1 dan Baik Punya Cilok.

Dari jumlah 12 buah filem yang telah ditayangkan di pawagam sejak 2001, tujuh (7) buah filem telah mencapai kutipan ‘box-office’ dengan jumlah kutipan keseluruhan sebanyak RM20,790,039.00. Pada tahun 2005, tiga (3) buah filem iaitu Gangster (RM2.9 juta), KL menJERIT 1 (RM2.3 juta) dan Baik Punya Cilok (RM2.7 juta) yang ditayangkan dipawagam telah mencapai kutipan ‘box-office’ dengan penjualan 350,000 keping tiket telah mendapat penghargaan dari pihak FINAS sebagai ‘Penerbit – Jumlah Kutipan Tertinggi Filem 2005’.

TUSB sentiasa berusaha untuk mengetengahkan dan menggunakan bakat-bakat baru dan tenaga kerja kreatif dalam setiap projek filem. Ini adalah satu usaha berterusan bagi setiap penerbitan filem. TUSB juga mempunyai perancangan untuk menaja biasiswa untuk bakat-bakat muda dalam bidang filem.

Pada tahun 2006, empat (4) buah filem telag ditayangkan iaitu Man Laksa, Puaka Tebing Biru, ‘Zombie’ Kg. Pisang dan Syaitan.

Tahun demi tahun syarikat TUSB semakin berkembang dan maju setiap tahun. Maklumat lanjut: http://www.tayanganunggul.com


Leave a Reply

XHTML: You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

SIDEBAR
»
S
I
D
E
B
A
R
«
»  Site: Latest Movies Database   »  Style: Ahren Ahimsa