Adnan Sempit 3

adnan-sempit-3-2013

Adnan Sempit 3 adalah Filem Melayu rentetan dari Adnan Sempit dan Adnan Sempit 2

Sinopsis:

Kisah cinta penuh ranjau antara pasangan ADNAN-NADIA dan BOBBY-WAWA akhirnya bertemu jalan indah, apabila mereka berkahwin dengan pasangan masing-masing. Pelbagai persediaan yang telah mereka lakukan untuk menjadikan malam pertama mereka berjalan dengan lancar, bermacam-macam cara dan petua yang digunakan oleh mereka sehingga menimbulkan kelucuan. Masalah mulai berlaku apabila NADIA dan WAWA sama-sama didapati mengandung. Sehubungan itu, ADNAN turut mengalami alahan yang teruk akibat kehamilan isterinya. Sementara itu, BOBBY pula menghadapi masalah kewangan untuk membiayai kos isterinya bersalin. NADIA yang asyik moody dan berbaran sepanjang tempoh ianya mengandung juga turut menjejaskan hubungannya dengan ADNAN, yang merasakan dirinya terpinggir. Masalah mulai bertambah besar apabila ADNAN dihantar ke Melaka bagi pihak bapa mertuanya, untuk menguruskan kerja-kerja pra-pelaburan yang berkaitan dengan pengeluaran mee segera (Mamee) bapa mertuanya dengan sebuah kilang.

Read More