Movie : Nur Kasih The Movie

Sinopsis : Drama bersiri popular Nur Kasih pada tahun lalu disajikan penuh dengan cerita cinta antara Adam lakonan Remy Ishak dan Nur Amina (Tiz Zaqyah) serta pengorbanan Aidil (Fizz Fairuz) kepada adiknya, Adam.Jika dalam drama bersiri, Aidil terpaksa mengorbankan cintanya kepada Nur Amina demi Adam tetapi pengorbanan Aidil tidak terhenti dalam drama yang disiarkan sebanyak 26 episod itu.Ini kerana dia masih lagi menerima pelbagai dugaan dan ranjau dalam menempuhi kehidupan menerusi sekuel terbaru Nur Kasih yang disambungkan dalam bentuk filem.Untuk filem berjudul Nur Kasih The Movie itu, Aidil menjalani kehidupannya sebagai seorang bapa tunggal kepada dua cahaya mata iaitu Ilyas, 7, dan Maryam, 5, setelah isterinya, Alia (Ayu Raudhah) yang meninggal dunia.

Genre: Drama / Family
Release Date: 19 May 2011
Distributor: Primeworks Studios
Cast: Remy Ishak, Fizz Fairuz, Tiz Zaqyah, Ayu Raudhah, Liza Othman, Munif Isa, Sara Ali, Adik Mia Sara Nasuha, Adik Ilyas Suhaimi
Director: Kabir Bhatia

Official Facebook Page : http://www.facebook.com/pages/Nur-Kasih-The-Movie/

Filem Setem Memang Best

filem-setem-best

Satu lagi filem kabir bhatia yang menaikkan nama beliau sebaris pengarah melayu lain dalam mengarah sebuah filem melayu komedi aksi terbaik. Bukan dari segi jalan cerita dan lakonan pelakon sahaja patut dipuji, malah special efek atau kesan khas yang digunakan patut dipuji.

adegan-filem-setem

Filem setem memberi nafas baru dengan memaparkan jalan cerita mengenai beberapa siri perancangan bagi mendapatkan satu setem yang berharga RM4 juta. Geng thosai, geng anak yatim, geng piranha dan geng bakso adalah geng yang nak setem tu. Siapakah antara mereka mampu mendapatkannya? Tontonlah filem setem yang memang best.

Bayangkan dalam masa 2 minggu sahaja, filem ini sudah mampu mengutip RM2 juta!! wahh..satu kejayaan yang boleh dibanggakan untuk filem melayu. Nampaknya rakyat Malaysia sudah bosan dengan cerita melayu yang biasa (tentang kekasih, pergolakkan rumah tangga kaya)..

So kepada pengarah-pengarah, cari lah idea berbeza dari cerita biasa ni..Kami dah bosan..bosan dan bosan..