SIDEBAR
»
S
I
D
E
B
A
R
«
Filem Setem Wajib Tonton
Jul 15th, 2009 by admin

filem-setem

Filem Setem akan berada di pawagam bermula 30 Julai 2009. Sebuah filem arahan Kabir Bhatia yang menampilkan barisan artis yang cukup mantap. Yang penting pelakon yang saya minat, Afdlin Shauki dan vanidah imran ada dalam filem ni. hehe..Untuk elakkan jeles, Rashidi Ishak iaitu suami vanidah imran turut berlakon..

Wahh…serius ianya sebuah filem melayu terhebat..Kenapa?

Sebab biasa filem melayu mesti berkaitan cinta dan masalah keluarga..Kali ini ianya berkaitan sekeping SETEM. Bukan sebarang setem. Setem ini dibuat ketika Gabenor Melaka (Lord Arthur Barring) pada 1847 mahukan sesuatu untuk diingati oleh generasi seterusnya. Beliau melantik seorangĀ  pembuat jam untuk mencipta sekeping setem. Tapi beliau membuangnya sebab berlaku kesilapan lalu dikutip oleh cucunya.

Kisah ini terhenti disitu sehinggalah tahun 2008, Charles Barring IV menggemparkan Malaysia dengan setem tersebut yang dianggarkan berharga RM 2 juta. Satu sidang akhbar diadakan untuk mengumumkan kepulangan setem ini ke Melaka.

Mulalah disini beberapa pihak cuba mendapatkan setem ini. Pak Ramli yang memaksa Sid dan Joe mencuri setem itu untuk menampung kos membeli tanah tapak rumah anak-anak yatim yang diuruskannya. Pak Ramli memerlukan RM 500,000.00. Bukan sid dan joe sahaja, Piranha Lim, seorang ketua kumpulan Ah Long juga berminat. Begitu juga dengan Vellu yang bekerja sebagai pemandu di syarikat keselamatan yang akan membawa setem tersebut ke muzium. Masing-masing merancang untuk mendapatkan setem tersebut. Oleh kerana begitu banyak perancangan yang dilakukan untuk setem tersebut, keadaan menjadi kacau-bilau.

Kumpulan mana dan siapakah yang berjaya mendapatkan SETEM ini? Tontoni filem komedi pertama arahan Kabir Bhatia ini di pawagam bermula 30 Julai nanti…

Info filem:

Pengarah: Kabir Bhatia

Penulis skrip: Kabir & Mira Mustaffa

Pelakon: Afdlin Shauki, Rashidi Ishak, Vanidah Imran, Indi Nadarajah, Que Haidar, Sathia, Harun Salim Bachik,
Bront Palarae, Isma Yusof

Genre: Komedi/Aksi

Penerbit: Tayangan Unggul Sdn Bhd

Bajet: RM1.8 juta

Lokasi: Lembah Klang dan Melaka

Tempoh penggambaran: 40 hari

Di Tayang: 30 Julai 2009

Laman web: http://www.setemmovie.com/

Juga anda boleh download wallpaper dan poster filem setem di web di atas.

»  Site: Latest Movies Database   »  Style: Ahren Ahimsa