SIDEBAR
»
S
I
D
E
B
A
R
«
MBO U MALL, SKUDAI TELAH DIBUKA! 4 JULAI 2009
July 17th, 2009 by admin

mbo-cinema-umall

Pembukaan cawangan baru 5 skrin oleh MBO Cinema di U Mall di Taman Pulai Utama, Skudai, telah dilakukan pada 4 Julai 2009 yang lepas. Terletak pada tikngkat 1, 5 panggung yang boleh menempatkan 642 penonton pada satu masa telah dan sedang menayangkan  “Transformers: Revenge Of The Fallen” dan “Ice Age 3: Dawn Of The Dinosaurs”.

Panggung wayang ini menyasarkan golongan muda terutamanya pelajar UTM Skudai. Pihak MBO mengatakan bahawa satu lagi cawangan akan dibuka sedikit masa lagi di The Spring, Kuching, Sarawak dan akan dibuka Ogos 2009.

Skudai merupakan sebuah koridor pembangunan dalam kawasan Johor Tenggara. Skudai terletak 8km dari  Kulai dan 16 km dari Bandaraya Johor Bahru di mana terletaknya kebanyakkan panggung wayang besar di Johor. MBO Skudai ini adalah tapak kedua MBO Cinemas di Johor selepas membuka cawangan di MBO Square One Mall di Batu Pahat yang dibuka awal Januari 2009.

MBO Cineplex yang baru di U Mall dijangka untuk menyaingi panggung wayang terdekat iaitu Star Screen Cinema di Plaza Tasik Skudai, Johor Bahru.

Lokasi: U Mall, Skudai

Alamat: F36, 1st Floor U Mall, 45, Jln Pulai Utama 20, Tmn Pulai Utama, 81300 Skudai, Johor

Tel No: 07- 521 1025  Fax No: 07-521 1022

Bilangan panggung: 5

Untuk booking seat Mbo Cinema U Mall Skudai sila hubungi 07- 521 1025

Normal Price Blockbuster Monday Special (Selected Movie) Tuesday Special (Selected Movie) Wednesday Special (Selected Movie) Senior Citizen Kids Below 12 years Public Holidays (All Movie)
Ampang Galaxy RM8 RM9 RM7 RM6 RM5 RM5 RM5 RM9*
Kluang Parade RM8 RM9 RM7 RM6 RM5 RM5 RM5 RM9*
Melaka Mall RM8 RM9 RM7 RM6 RM5 RM5 RM5 RM9*
Terminal 2 Seremban RM8 RM9 RM7 RM6 RM5 RM5 RM5 RM9*
Square One BatuPahat RM8 RM9 RM7 RM6 RM5 RM5 RM5 RM9*
U Mall Skudai RM8 RM9 RM7 RM6 RM5 RM5 RM5 RM9*

Leave a Reply

XHTML: You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

SIDEBAR
»
S
I
D
E
B
A
R
«
»  Site: Latest Movies Database   »  Style: Ahren Ahimsa