SIDEBAR
»
S
I
D
E
B
A
R
«
Filem Shh.. Dia Datang Ogos Ini
July 25th, 2009 by admin

shh-dia-datang

Filem arahan saiful apek yang dikatakan banyak masalah ini dengar khabarnya akan ditayangkan pada Ogos ini.

Lakonan:

:
Enol (Pelakon Utama)
:
Edd (Pelakon Utama)
:
Datin Kat (Pelakon Pembantu)
:
Dato’ G (Pelakon Pembantu)
:
Zara (Pelakon Pembantu)
:
Pak Da (Pelakon Pembantu)
:
Mak Da (Pelakon Pembantu)
:
Udin (Pelakon Pembantu)
:
Mat (Pelakon Pembantu)
:
Mar (Pelakon Pembantu)
:
Pengarah Filem (Pelakon Pembantu)
:
Marina/ Safea (Pelakon Pembantu)
:
Perogol (Pelakon Pembantu)
:
Krew Produksi (Pelakon Pembantu)
:
Raja (Pelakon Pembantu)
:
Datin Julie (Pelakon Pembantu)
:
Pemilik Warung (Pelakon Pembantu)
:
Yana (Heroin Filem Samseng) (Pelakon Pembantu)
:
Lia (Pelakon Pembantu)
:
Rina (Pelakon Pembantu)
:
Editor (Pelakon Pembantu)
:
Pelanggan Gerai 1 (Pelakon Pembantu)
:
Pelanggan Gerai 2 (Pelakon Pembantu)
Sinopsis:

Edd(Aaron Aziz) dan Enol(Saiful Apek) merupakan kawan baik sejak dari kecil lagi. Mereka mempunyai hobi yang sama iaitu mengumpul barang-barang terbuang dan itulah juga mata pencarian mereka seharian. Mereka berdua sering melepak di gerai Pak Da bersama-sama dengan kawan-kawan mereka yang lain iaitu Udin dan Mat.

Satu hari mereka telah terbaca iklan jawatan kosong mencari pekerja filem. Edd dan Enol sememangnya mempunyai impian dan sering berangan-rangan untuk menjadi pengarah filem. Mereka sering di tertawakan oleh kawan-kawan mereka iaitu pak Da(Zami Ismail), Mak Da(Khatijah Tan), Udin(Imuda) dan Mat(Ahmad Busu). Mereka tetap mencuba nasib dan akhirnya di panggil untuk temuduga. Nasib mereka baik apabila di terima untuk menjadi pekerja filem. Semasa menghadiri temuduga, Datin Kat(Kuna), pengusaha filem telah terpikat dengan Enol semasa mereka bertembung.

Mereka sangat gembira bila terima panggilan yang mereka telah di terima bekerja sebagai pekerja Namun begitu, nasib tidak menyebelahi mereka apabila Edd terlibat dalam kemalangan sewaktu dalam perjalanan pergi kerja pada hari pertama. Edd tidak dapat diselamatkan. Sebelum menghembuskan nafas yang terakhir, Edd ada meninggalkan pesan kepada sahabatnya Enol. Enol hampir berputus asa untuk meneruskan impiannya untuk menjadi pekerja filem. Namun kemunculan Raja(Acappan) menjadikannya semakin bersemangat dan bertekad untuk meneruskan impiannya dan sahabatnya Edd.

Bermulalah kehidupan Enol sebagai pekerja filem. Setelah melaporkan diri di set pengambaran, beliau di beri tugas sebagai ‘handyman’. Dari hari ke hari, Enol belajar serba sedikit cara-cara pembikinan filem dan menyimpan hasrat untuk menjadi pengarah filem. Enol berkenalan dengan Zara(Airis Yasmin) secara kebetulan. Zara merupakan gadis kampung yang datang ke Bandar dan bercita-cita untuk menjadi pelakon. Hari makin hari hubungan mereka menjadi rapat. Dalam pada itu, Datin Kat sering turun ke lokasi untuk menambat hati Enol. Pada mulanya Enol rasa kekok dan tidak selesa, tapi bila dia memikirkan itulah satu-satunya peluang jika dia ingin menjadi pengarah filem, terus dia melayan segala kerenah Datin Kat.

Datin Kat yang di kala itu kesunyian dan mempunyai pergolakan rumahtangga dengan suaminya Dato G(Shukery Hashim), terus melayan dan memikat Enol dengan wang ringgitnya. Dato G merupakan seorang suami yang suka berfoya-foya dan hidup mewah atas harta isterinya sendiri. Gadis-gadis yang menjadi pelakon tambahan di dalam filemnya pasti akan menjadi gadis tambahannya pula untuk bersuka-ria. Semua pertemuan akan di atur oleh Pengurus Produksinya iaitu Angah (Angah Raja LAwak).

Datin Kat dah lama tahu mengenai kegiatan suaminya, sehinggalah pada suatu hari telah berlaku satu konflik di lokasi yang melibatkan Enol dan Pengarah(Jalil Hamid). Datin Kat masuk campur dan bermula dari hari itu Datin Kat telah bertekad untuk mengambil alih production nya itu. Dato G tidak bersetuju dan mula mengelabah. Dato G telah menetapkan syarat dan menyuruh Datin Kat menandatangani perjanjian seandainya Datin Kat ingin mengambil alih production tersebut. Datin Kat bersetuju dengan segala syarat-syarat yang telah di tetapkan. Ini memeranjatkan Dato G kerana pada awalnya, syarat yang dikenakan adalah dengan harapan Datin Kat tidak bersetuju dan menyerah kalah. Tapi sebaliknya pula yang terjadi.

Apakah yang akan terjadi seterusnya…Adakah Datin Kat berjaya menyiapkan filem tersebut? Apakah Enol bersedia dan berjaya menjadi seorang pengarah filem, sedangkan dia tidak mempunyai apa-apa pengalaman dalam bidang pengarahan. Bagaimana dengan hubungan Enol dan Zara? Siapa yang dipilih oleh Enol di antara Zara, seorang gadis kampung yang lemah lembut dan cantik atau pun Datin Kat, seorang wanita kaya yang berharta dan berkedudukan?….Saksikan kesudahannya dalam filem Shhh…Dia Datang

Detail dari sinema malaysia


Leave a Reply

XHTML: You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

SIDEBAR
»
S
I
D
E
B
A
R
«
»  Site: Latest Movies Database   »  Style: Ahren Ahimsa