SIDEBAR
»
S
I
D
E
B
A
R
«
Filem Papadom Di Panggung Wayang 8 Oktober
August 21st, 2009 by admin

filem-papadom

Anugerah telah diperoleh namun ceritanya belum lagi keluar di wayang. Sebuah lagi cerita arahan Afdlin Shauki bakal menemui anda 8 Oktober 2009. Filem papadom nyata mengundang kejutan di acara kemuncak festival filem malaysia ke 22 baru-baru ini.

Jom layan trailer movie Papadom ni dulu:

Judul: PapaDom
Tagline: Sebuah kisah mengenai seorang bapa, seorang anak dan papadom.
Genre: Drama / Komedi
Pengarah: Afdlin Shauki
Penerbit: Tayangan Unggul Sdn Bhd
Kos penerbitan: RM1.44 juta

Pelakon:
Afdlin Shauki (Saadom)
Noorkhiriah (Munira)
Liyana Jasmay (Miasara)
Vanidah Imran (Profesor Balqis)
Farid Kamil (Hisham)
Scha (Shasha)
Chelsia Ng (Yvonne)
Que Haidar (Mat)
Harun Salim Bachik (Hussin)
Pete Teo (Alan)
Adham Malek (Ali)

Tarikh tayangan:  8 Oktober 2009

5 anugerah dimenangi oleh Filem Papadom ini iaitu Filem terbaik, Cerita Asal Terbaik, Skor Muzik Terbaik,  Pelakon Lelaki Terbaik (Afdlin Shauki) dan Pelakon Wanita Terbaik (Liyana Jasmay). Filem komedi kelakar Papadom ini mencerita seorang bapa tunggal, Saadom (Afdlin Shauki) yang juga penjual nasi kandar dan anaknya, Mia@ Miasara (Lyana Jasmay). Pelbagai rintangan dan cubaan Afdlin lalui dalam cuba membesarkan anaknya seorang diri lebih-lebih lagi ketika anaknya semakin dewasa.

Sinopsis/review:

Pada mulanya saadom seorang peniaga nasi kandar yang sibuk sehinggakan terlupa tanggungjawab kepada keluarganya. Pada suatu hari, isterinya meninggal ketika nak pergi tengok anaknya terima anugerah di sekolah. Sebelum itu, isterinya pernah nasihatkan Saadom untuk menjaga anaknya seperti perniagaannya juga jika dia tiada nanti. Ini membuatkan Saadom tersedar akan kesilapannya. Dia berhenti berniaga dan cuba menjadi penjaga Mia, anaknya setiap masa sehinggalah di sekolah. Anaknya rimas dengan keadaan ini namun Saadom tetap berkeras.

Mia akhirnya mendapat tawaran masuk UiTM dan ayahnya pun turut nak ikut sekali. Mia tetap berkeras dan mengugut untuk berhenti belajar jika ayahnya mengganggunya. Saadom tetap tak berputus asa dan cuba memohon menjadi tukang kebun di U di mana Mia belajar. Macamana seterusnya? Jangan lupa nantikan filem ini di pawagam 8 Oktober 2009 nanti. 🙂


One Response  
Leave a Reply

XHTML: You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

SIDEBAR
»
S
I
D
E
B
A
R
«
»  Site: Latest Movies Database   »  Style: Ahren Ahimsa