Synopsis: “Seru” follows a production team in the midst of shooting when many strange things start to take place, affecting the crewmembers until eventually someone is murdered. When assistant director (Sari) gets hysterical and makeup artiste Julia collapses, things start to get haywire. Not long after, Julia disappears into the forest and the rest head out to find her. As the crewmembers get taken out one at a time by a vengeful entity, the reason behind the whole event is uncovered.
Release Date: 28 April 2011 Language: Malay Subtitle: Info Not Available Genre: Horror Director: Pierre Andre, Ming Jin Cast: Pierre Andre, Nora Danish, Awal Ashaari, Cut Mutia, Azman Hassan, Sharnaaz
Synopsis: Based on urban legends and other chilling sightings along the Karak Highway, ‘KARAK’ is KRU Studios’ maiden foray into the realm of horror films and is helmed by acclaimed director, Yusry Abdul halim. Four college students are heading back to Kuantan after a night out in KL, when they are caught-up in a massive jam along the Karak Highway. So as to make it back for their classes the next morning, they decide to exit the highway and continue their journey along the old trunk-road.not knowing that this decision will change their lives forever.
Sinopsis : “Karak”. Menceritakan empat pelajar kolej yang ingin pulang ke Kuantan setelah berhibur di Kuala Lumpur. Dalam perjalanan pulang, mereka tersangkut dalam kesesakan jalan raya dan telah mengambil keputusan menggunakan jalan singkat. Semasa menggunakan jalan singkat tersebut macam-macam perkara telah berlaku dan mereka telah terserempak dengan Volkswagen berhantu yang berada disitu.
Release Date: 26 May 2011 Language: Malay Subtitle: Info Not Available Genre: Horror Running Time: 1 Hour 36 Minutes Director: Yusry Abd Halim Cast: Shahir AF8, Sheera Aiyob, Along Eyzendy, Kilafairy
Sinopsis : Penunggu Istana adalah sebuah dokumentari yang mengikuti sebuah kumpulan paranormal iaitu “The Seekers Team” yang cuba menjejaki misteri yang terdapat di dalam Istana Bilah, istana tua yang terbiar di Perak.Pada Feb 2009, krew sebuah TV produksi yang menjalani penggambaran untuk siri drama ‘Warkah Terakhir’ telah mengalami satu pengalaman yang ngeri dan dasyat. Mendengar cerita ini, kumpulan Seekers membuat keputusan untuk kembali ke tempat misteri tersebut bagi menyiasat perkara sebenarnya yang telah berlaku dan bekerjasama dengan Wan Hasliza (pengarah ‘Warkah Terakhir’).Mereka bermalam di istana yang sunyi dan menyeramkan itu selama 7 hari berturut-turut dengan harapan dapat menemui bukti-bukti kewujudan kuasa misteri. Segala tindakbalas atau perkara yang berlaku semasa penyiasatan ini dirakamkan sendiri oleh Wan Hasliza.Sesetengah kejadian yang berlaku boleh diklasifikasikan sebagai gangguan biasa seperti keadaan istana yang sudah begitu usang menghasilkan gema yang menyeramkan atau bunyi angin melalui atap bumbung yang sudah rosak. Tetapi mereka akhirnya menyedari bahawa mereka tidak berseorangan malah ditemani oleh ‘penghuni-penghuni’ yang telah menetap di istana itu – sejak hari pertama lagi mereka di situ.Melalui temubual, kamera-kamera yang digunakan dalam penyiasatan dan alat-alat khas yang lain, terdapat imej-imej yang ganjil dan menyeramkan telah ditemui disebalik misteri tinggalan istana lama ini.
Genre: Seram Tarikh Ditayangkan: 21 Apr 2011 Diterbitkan: Primeworks Studios Pelakon: Sara Ali, Nadzirah Ahmad Nadzri, Nor Zafirah Abd. Rahim, Mustaqim Mohamed Zaki, Amar Asyraf dan Kumpulan SEEKERS. Arahan: Wan Hasliza Penulis Skrip: Wan Hasliza
Sinopsis : Drama bersiri popular Nur Kasih pada tahun lalu disajikan penuh dengan cerita cinta antara Adam lakonan Remy Ishak dan Nur Amina (Tiz Zaqyah) serta pengorbanan Aidil (Fizz Fairuz) kepada adiknya, Adam.Jika dalam drama bersiri, Aidil terpaksa mengorbankan cintanya kepada Nur Amina demi Adam tetapi pengorbanan Aidil tidak terhenti dalam drama yang disiarkan sebanyak 26 episod itu.Ini kerana dia masih lagi menerima pelbagai dugaan dan ranjau dalam menempuhi kehidupan menerusi sekuel terbaru Nur Kasih yang disambungkan dalam bentuk filem.Untuk filem berjudul Nur Kasih The Movie itu, Aidil menjalani kehidupannya sebagai seorang bapa tunggal kepada dua cahaya mata iaitu Ilyas, 7, dan Maryam, 5, setelah isterinya, Alia (Ayu Raudhah) yang meninggal dunia.
Genre: Drama / Family Release Date: 19 May 2011 Distributor: Primeworks Studios Cast: Remy Ishak, Fizz Fairuz, Tiz Zaqyah, Ayu Raudhah, Liza Othman, Munif Isa, Sara Ali, Adik Mia Sara Nasuha, Adik Ilyas Suhaimi Director: Kabir Bhatia
Official Facebook Page : http://www.facebook.com/pages/Nur-Kasih-The-Movie/
Sinopsis : Karlisa, baru saja kematian tunangnya di dalam sebuah kemalangan jalan raya. Sejak itu, Karlisa mendapat mimpi pelik yang memanggil-manggil gadis itu untuk pulang ke kampung ibunya iaitu Kg Senja Lama. Karlisa pernah membesar di kampung tersebut sewaktu kecil, tetapi berpindah ke Kuala Lumpur dan sejak itu tidak pernah pulang semula ke sana.Secara sembunyi-sembunyi, Karlisa bersama teman rapatnya, Isabella, pergi ke Kg Senja Lama. Mereka pergi semula rumah kampung keluarga Karlisa dan terkejut apabila mendapati Opah Maimoon, yang selama ini dianggap sudah meninggal dunia, masih hidup dan tinggal di rumah tersebut.Di kampung itu juga, Karlisa bertemu dengan seorang lelaki penuh misteri bernama Armand. Armand seorang yang pendiam dan kera sumbang. Orang-orang kampung menghindari Armand kerana Armand mempunyai saka. Armand juga mempunyai kelebihan di mana, setiap gadis yang melihatnya, akan jatuh cinta kepadanya. Armand juga pernah bertunang, tetapi tuang bernama Harlina itu meninggal dunia, pada malam hari pertunangan mereka.Karlisa mulai rapat dengan Armand dan melalui Armand, Karlisa mula mengetahui tentang sejarah keluarganya sendiri.Karlisa juga berkenalan dengan Intan, adik kepada Harlina, bekas tunang Armand. Intan dan keluarganya amat membenci Armand dan juga Karlisa, yang dikaitkan dengan kematian Harlina.Rupa-rupanya, Armand membela saka yang sepatutnya diwarisi oleh Karlisa. Dan Karlisa dipanggil ke kampung oleh saka yang mahu pulang ke tuan asalnya. Armand yang telah jatuh cinta dengan Karlisa, tidak mahu menyerahkan saka tersebut.Tetapi karlisa yang sedar ibunya telah lari daripada tanggungjawab keturunannya bagi membela saka, berdegil mahu bertanggungjawab. Ibu Karlisa, Puan Mazidah, tidak mahu menerima saka daripada Opah Maimoon kerana mahu menyelamatkan suaminya Tuan Shapie, dari menjadi mangsa saka.Akibatnya, ayah Armand, Tuan Salleh yang berada di sisi Opah maimoon sewaktu perempuan itu nazak, mengambil saka tersebut kerana kasihan. Namun, saka hanya menumpang dan tidak boleh dimusnahkan, selagi perjanjian di antara tuan asalnya tidak dibatalkan.Akhirnya, Armand setuju memberi saka itu semula kepada Karlisa dengan harapan sebaik saka kembali kepada tuan asalnya, saka itu boleh dimusnahkan dengan bantuan seorang ustaz, Ustaz Zailan. Namun saka itu tidak musnah dan masih berada bersama-sama Karlisa.
Genre: Horror Release Date: 14 Apr 2011 Cast: Liyana Jasmay, Zahiril Adzim, Faezah Elai, Kamal Adli Director: Ahmad Idham
Synopsis : Lost on a trek high up in the foggy hills, Fatia, Badrul, Juli and Ronnie chance upon an abandoned bungalow where they seek shelter for the night. Within the shadows of their mysterious surroundings, they discover millions in loot, seemingly left behind in filthy duffel bags for no good reasons. That was not all they would uncover – for two rotting corpses and a loaded gun were next to be found. Already sickly, Fatia experiences strange recollections and trauma in the form of a strange young girl and as well, that of a sinister presence – all clues that point towards an evil that occurred within this dilapidated structure some time ago. Things take a turn for the worse when the gun goes missing, their friendship self-destructs and Fatia’s haunting escalate to a point where she teeters on the brink of sanity.
Sinopsis : Empat sekawan, Fatia, Badrul, Juli dan Ronnie sudah kehilangan akal, buntu menemui jalan pulang. Perjalanan yang tidak sudah itu menemukan mereka dengan sebuah banglo usang di mana mereka memutuskan untuk bermalam di situ. Di rumah misteri yang seakan tidak berpenghuni itu, mereka menjumpai sejumlah wang jutaan ringgit di dalam sebuah beg yang sudah lama tersimpan. Dengan perasaan penuh tanda tanya, mereka dikejutkan dengan penemuan dua mayat yang telah reput dan sepucuk pistol – yang masih penuh dengan peluru hidup.Fatia yang masih bergantung dengan ubat, mengalami pengalaman aneh – kelibat seorang gadis perempuan yang menyebabkan Fatia trauma – seolah-olah dapat menyelami perasaan gadis itu. Fatia dapat merasakan ketakutan yang menyelubungi diri gadis tersebut,setiap detik yang dialami merungkai peristiwa yang telah berlaku di rumah itu. Keadaaan menjadi semakin genting apabila pistol berpeluru hidup hilang entah ke mana, masing-masing ketakutan dan berlaku pertelingkahan di atas wang yang dijumpai. Kekacauan yang menghantui Fatia merunsingkannya sehingga ia dapat mengetahui suatu rahsia – rahsia yang merungkai sebuah kebenaran. Apakah rahsia tersebut? Siapakah yang mendiami rumah itu? Apakah yang telah berlaku di situ?
Genre: Thriller / Horror Release Date: 07 Apr 2011 Running Time: 1 Hour 30 Minutes Distributor: Metrowealth Cast: SHIQIN KAMAL AZMA AIZAL YUSOOF MUNIFF ISA ISMA HANUM HUSEIN Director: Jeffrey Chiang
Official Website : http://www.dilarangmasukmovie.com/
Synopsis : The action-comedy directed by Farid Kamil, focuses on the investigation done by ASP Shariff towards the killing of triad members in Kuala Lumpur. Various triad members are in shambles when they discover the presence of a hired killer Tumulak, who committed the killings to settle his debt. Asps Shariff are unable to pinpoint who are to be blamed since the cunning Tumulak works alone. In truth, the crimes are masterminded by Kimpedu, who hired Tumulak to stir the nest of the triads as Kimpedu plans to take control over Kuala Lumpur.
Sinopsis : Filem aksi komedi dengan tagline Lu Langsi Lu Mati mengisahkan penyiasatan ASP Shariff terhadap kes pembunuhan di kalangan kumpulan kongsi gelap di Kuala Lumpur.Kumpulan daripada pelbagai bangsa itu menjadi huru-hara dengan kehadiran pembunuh upahan, Tumulak yang melakukan pembunuhan untuk menebus hutangnya. Penyiasatan ASP Shariff dan Detektif Maya dilakukan tanpa mengetahui siapa pembunuhnya dan sukar untuk mendapatkan maklumat kerana Tumulak licik dan bergerak sendirian.Segala ancaman dilakukan Tumulak sebenarnya didalangi Kimpedu yang mengupah Tumulak untuk menghuru-harakan kumpulan kongsi gelap kerana ingin menakluk kawasan Kuala Lumpur.Pada masa sama, Tumulak mempunyai dendam peribadi terhadap ASP Shariff. ASP Shariff juga diugut apabila anak dan isterinya diculik tetapi ia tidak mematahkan semangatnya menjalankan tugas.
Genre: Action / Comedy Release Date: 12 May 2011 Distributor: Metrowealth Cast: Fizo Omar, Norliana Samsudin, Shaheizy Sam, Azad Jasmin, Putri Mardiana, Fida Director: Farid Kamil
Synopsis : Luna Latisya is a popular reality TV host for a show called “Meletups” who runs away after finding out that her boyfriend is cheating on her. Feeling heartbroken, Luna and her assistant Tom set off to a rural village in Kedah where she meets Atan, a handsome and kind villager. During her stay in the village, Luna starts to fall in love with the serene and peaceful lifestyle as well as gaining the approval of Atan’s family. However, a complication that happened in the city forces Luna to choose between the village life or return to her fabulous lifestyle back in the city.
Sinopsis : Luna Latisya seorang pengacara terkenal, bercinta dengan Ryan Hidayat, seorang pelakon. Program yang diacarakannya (Meletops) memerlukan beliau menerjah kehidupan peribadi selebriti tanahair. Yang terkini, ‘Meletops’ ke rumah Ryan Hidayat untuk kejutan hari lahirnya. Namun lain pula yang terjadi apabila Ryan ditemui bersekedudukan dengan seorang artis baru, Siti Senjakala. Luna berang lalu terus memandu pergi bersama Tom, pembantu peribadinya. Tom membawa Luna ke kampung halamannya di Utara Semenanjung. Sampai di kawasan kampung, kereta Luna tersekat di kawasan lumpur, memaksa Luna dan Tom bermalam di dalam kereta.Keesokannya, mereka ditemui oleh Atan, kawan baik Tom di kampung. Mereka dibawa ke rumah Atan. Pada awalnya Luna sukar menyesuaikan diri dengan persekitaran kampung. Setelah beberapa hari, kereta Luna masih belum siap. Luna tiada pilihan, kecuali terus bermalam di rumah Atan. Namun keluarga besar Atan yang cepat mesra menyebabkan Luna mula menyesuaikan diri. Adik Atan, Manis, gadis `istimewa’ sangat sukakan Luna. Kereta sudah siap, tibalah masa Luna perlu kembali ke Kuala Lumpur. Luna yang mula jatuh hati dengan persekitaran dan orang-orang di situ meminta izin untuk tinggal lebih lama. Semua orang gembira dengan keputusan Luna. Luna dan Atan semakin rapat, walaupun sering tak sependapat.Luna kini mengenali kehidupan kampung yang selama ini begitu jauh daripada dirinya. Daripada bermain lumpur di sawah, menunggang kerbau, hinggalah memasak di dapur kayu, semua sudah dipelajarinya. Orang popular sepertinya, lambat-laun pasti dapat dijejaki. Krew penerbitan ‘Meletops’ dapat menjejaki Luna. Ryan turut serta untuk memujuk. Luna tiada pilihan, kecuali pulang ke KL apabila Atan menghalaunya setelah menyangka Luna adalah tunangan Ryan yang selama ini cuba disembunyikan oleh Luna. Luna kini kembali mengacara. Candy, penerbit rancangan ‘Meletops’ sentiasa mahukan rancangannya mengungguli carta teratas. Tanpa pengetahuan Luna, Candy menjemput Atan menjadi tetamu rancangannya. Atan bersetuju. Merekapun bertolak ke KL menaiki lori Atan. Rancangan bersiaran secara langsung, Atan dibawa masuk… Luna dan Atan terkedu apabila bertentang mata. Atan marahkan Luna kerana menyangka Luna menipu dan mempermainkannya. Luna pula marahkan Candy kerana memperalatkan mereka berdua untuk menaikkan lagi carta rancangan ‘Meletops’.
Genre: Comedy / Romance Release Date: 31 Mar 2011 Running Time: 1 Hour 45 Minutes Distributor: Tayangan Unggul Cast: Maya Karin, Remy Ishak, Jehan Miskin, Ning Baizura, Faezah Elai, Marsha,Kartina Aziz Director: Osman Ali
Sinopsis : Filem “Ratu The Movie” mengisahkan tentang 10 orang calon Pertandingan Ratu Cantik yang akan bertanding di peringkat akhir. Kesemua 10 calon itu telah dikumpulkan di sebuah jeti dan dibawa menaiki sebuah kapal layar ke lokasi yang ditetapkan. Sewaktu dalam pelayaran tiba-tiba berlaku ribut yang sangat kuat sehingga krew kapal dan kesepuluh-sepuluh calon itu terpaksa mendarat di sebuah pulau.Sepanjang malam mereka berada di pulau itu pelbagai kejadian aneh dan misteri telah berlaku. Mereka telah diserang dan satu demi persatu calon-calon itu hilang. Sehinggalah calon akhir berjaya diselamatkan dan diistiharkan sebagai pemenang.Sehubungan itu, segala kejadian aneh dan misteri itu merupakan salah satu daripada perancangan pihak penganjur untuk mencari ratu cantik yang sebenarnya di mana kesemua calon telah dinilai bukan sahaja daripada segi kecantikan, malah mereka turut dinilai daripada aspek kelakuan dan sikap serta kekuatan mereka menghadapi cabaran.
Genre: Drama General Release Date: 17 Mar 2011 Distributor: Grand Brilliance Cast: Bkay Nair, Elya, Miera, Farah, Farahin, Sue, Eina, Shazlin, Jazzy,Tasha, Fouziah Ghous, Eizlan Yusof, Yasmin Hani,Yusry KRU serta Azlee Khairi ,Farid Wari. Director: Prof Madya Abdul Razak Mohaideen
Sinopsis : Ruby atau nama sebenarnya Rubidin dan Ghaus merupakan pasangan bercinta sejenis. Kerana terlalu mencintai Ghaus, Rubidin sanggup berkorban mengubah identitinya kepada Ruby.Bukan calang-calang pengorbanan yang dilakukan Ruby, identiti dirinya diubah menerusi satu pembedahan jantina. Namun, perhitungan Ruby itu telah salah kerana Ghaus tidak dapat menerimanya dalam keadaan fizikal seperti seorang wanita sekali gus menyingkir kan Ruby dari hidupnya.Keadaan bertambah sulit apabila hormon lelaki dalam tubuh Ruby kembali menyerlah dan dia ingin kembali menjadi seorang lelaki. Malah Ruby mula jatuh cinta dengan seorang gadis yang baik budi.Namun Ruby sedar jasadnya bukan lagi seperti seorang lelaki tulen kerana dia telah membuang alat sulitnya dan hidup bertuhankan nafsu.
Synopsis : Ruby’s real name was Rubidin. Ruby and Ghaus was a homosexual couple who is in love. Because of a simple wish made by Ghaus, Rubidin was willing to sacrifice everything to change his identity to Ruby. He undergone a sex change operation. However, Ruby misinterpreted Ghaus intention. Ghaus couldn’t accept Ruby’s current physical conditions as a women, as such, Ghaus decided to end their relationship. Unexpectedly, the male hormone in the body of Ruby was back to excel and he returned to Rubidin. Rubidin even fell in love with a nice beautiful girl in his kampung. They planned to get married. Is it worth for their marriage if the husband no longer has his libido package when it was concealed in a bottle?
Release Date: 24 March 2011 Language: Malay Genre: Drama Director: Khir Rahman Cast: Wan Raja, Arja Lee, Diana Danielle, Ogy Ahmad Daud, Normah Damanhuri, Jalil Hamid