SIDEBAR
»
S
I
D
E
B
A
R
«
Movie : Misteri Jalan Lama
Oct 25th, 2011 by admin

Synopsis: An exceptional story of brotherhood. Indra and Ilya are on their way home to their home village for the funeral of Iskandar, their father. Indra is the biological son of Iskandar, who is an illegal racer; gambles and owes money to loan sharks who are hunting him. Meanwhile, Ilya is the adopted son who was given to Iskandar when he was passing through an old road 25 years ago. Ilya helped his father build his career and his conduct as a ‘better’ son among the two is the cause of Indra’s estrangement from his family. However as they make their way to the village, they use an old road and gets transported into another world, filled with mystical creatures.

Sinopsis : Dua beradik, Indra dan Ilya dalam perjalanan pulang ke kampung halaman mereka untuk urusan pengebumian ayah mereka, Iskandar. Indra adalah anak kandung Iskandar yang menjadi pelumba kereta profesional, tetapi kuat berjudi dan seringkali meminjam daripada ah long. Hidupnya kini diburu gangster. Manakala Ilya pula adalah anak angkat Iskandar yang diberikan oleh ‘seseorang’ ketika Iskandar melalui sebatang jalan lama 25 tahun dahulu. Ilya seorang anak yang baik, yang banyak membantu Iskandar membina kerjayanya. Iskandar juga sangat sayangkan Ilya. Ini jugalah yang menjadi punca ketidakpuasan hati Indra, lalu membawa diri jauh daripada keluarga.Pada hari kematian Iskandar, buat pertama kalinya selepas 15 tahun, Indra ke pejabat ayahnya untuk mengambil surat wasiat yang ditinggalkan untuknya. Indra diminta membawa Ilya pulang, kerana Ilya tidak tahu memandu. Ketika di lebuhraya, Indra dikejar oleh gangster. Lalu Indra mengambil keputusan menggunakan jalan lama.Ketika melalui jalan lama, tidak semena-mena mereka memasuki ‘dunia lain’. Pelbagai peristiwa pelik dialami mereka sepanjang berada di dunia tersebut. Daripada diganggu oleh makhluk mengerikan hinggalah kepada sesuatu yang mengasyikkan.


YouTube Official video from youtube

Release Date: 24 November 2011
Language: Malay
Subtitle: Info Not Available
Genre: Adventure / Mystery / Drama
Director: Afdlin Shauki
Cast: Que Haidar, Hans Isaac, Dato’ Ahmad Tamimi Siregar, Nasir Bilal Khan, Afdlin Shauki, Vanida Imran , Marion Counter, Namron, Liyana Jasmay, Sari Yanti, Sabrina Hassan, Adam Corrie Lee, Sobri Anuar, Yalal Chin

Movie : Bini-Biniku Gangster
Sep 6th, 2011 by admin

Synopsis: Manja and Herry are your perfect everyday loving and romantic married couple. But, Manja is a leader of a pack of gangsters, which she tries to hide from Herry. Two years into their marriage, they still don’t have a child due to an accident that happened to Manja in her past, which makes her feel helpless and inferior. So she searches for someone to give Herry a child, and also to divert attention away from her and her gangster group. Manja askes Reanna, Herry’s co-worker to marry him. But upon marrying her, Manja is jealous of the relationship between her husband and his new wife. Conflicts happen between the two wives until one day, Herry is kidnapped by Min Siam. Being the leader, Manja heads over to her enemy’s area to settle things once and for all.

Sinopsis : Manja dan Herry adalah sepasang suami isteri yang romantik dan saling menyayangi.Tanpa pengetahuan Herry, Manja ialah seorang ketua kumpulan gangster.Sedaya upaya Manja menyembunyikan identitinya daripada Herry.Perkahwinan mereka yang berusia 2tahun masih belum dianugerahkan cahaya mata disebabkan kemalangan yang pernah dialami oleh Manja.Manja melamar Reanna, rakan sepejabat Herry untuk menjadi madunya.Walaupun redha, namun jauh disudut hatinya ada perasaan cemburu melihat kemesraan suaminya bersama isteri baru.Maka berlaku konflik antara Manja dan Reanna sehingga satu hari Herry hilang diculik oleh Min Siam.


YouTube Official video from youtube

 

Release Date: 22 September 2011
Language: Malay
Subtitle: Info Not Available
Genre: Action / Comedy
Cast: Shaheizy Sam, Yana Samsudin, Intan Ladyana, Zul Handyblack
Director: Ismail Bob Hasim

Movie : Karipap-Karipap Cinta
Aug 12th, 2011 by admin

Synopsis: Ali (Gambit Saifullah) is a well-behaved man but lacks ambition. He works in a company that publishes a political newspaper and also mystery magazine. His job is to take photos of places that are scary and doctor the photo to make it look like there is a ghostly presence in the picture. He later falls in love with Sarah (Melia Aimellia) who works in the same company as a cartoonist. As he tries to court her, he gets involved in a convoluted scandal involving Ali’s boss and Sarah’s father over a confidential document.


YouTube Official video from youtube

 

Release Date: 31 August 2011
Language: Malay
Subtitle: Info Not Available
Genre: Comedy / Romance
Director: Othman Hafsham
Cast: Gambit Saifullah, Melia Aimellia

Movie : Hantu Bonceng
Aug 12th, 2011 by admin

Synopsis: “Hantu Bonceng” revolves around Amran (Zizan Raja Lawak) a delivery boy who often races in illegal drag races. It all started when Amran wins a race and is given a girl as his prize for winning the race. The girl rode with Amran to the port but Amran’s bike was hit by the lorry after a turn in the junction. The girl died on the spot while Amran was brought to the hospital. The incident forces Amran to change as the ghost of the dead lady keeps haunting him every night. Amran feels the tension and asks his best friend Kunyit (Taiyuddin Bakar) for help.


YouTube Official video from youtube

 

Release Date: 31 August 2011
Language: Malay
Subtitle: Info Not Available
Genre: Comedy / Horror
Director: Ahmad Idham
Cast: Zizan, Julianna Evans

Movie : Kongsi
Mar 7th, 2011 by admin

Synopsis : The action-comedy directed by Farid Kamil, focuses on the investigation done by ASP Shariff towards the killing of triad members in Kuala Lumpur. Various triad members are in shambles when they discover the presence of a hired killer Tumulak, who committed the killings to settle his debt. Asps Shariff are unable to pinpoint who are to be blamed since the cunning Tumulak works alone. In truth, the crimes are masterminded by Kimpedu, who hired Tumulak to stir the nest of the triads as Kimpedu plans to take control over Kuala Lumpur.

Sinopsis : Filem aksi komedi dengan tagline Lu Langsi Lu Mati mengisahkan penyiasatan ASP Shariff terhadap kes pembunuhan di kalangan kumpulan kongsi gelap di Kuala Lumpur.Kumpulan daripada pelbagai bangsa itu menjadi huru-hara dengan kehadiran pembunuh upahan, Tumulak yang melakukan pembunuhan untuk menebus hutangnya. Penyiasatan ASP Shariff dan Detektif Maya dilakukan tanpa mengetahui siapa pembunuhnya dan sukar untuk mendapatkan maklumat kerana Tumulak licik dan bergerak sendirian.Segala ancaman dilakukan Tumulak sebenarnya didalangi Kimpedu yang mengupah Tumulak untuk menghuru-harakan kumpulan kongsi gelap kerana ingin menakluk kawasan Kuala Lumpur.Pada masa sama, Tumulak mempunyai dendam peribadi terhadap ASP Shariff. ASP Shariff juga diugut apabila anak dan isterinya diculik tetapi ia tidak mematahkan semangatnya menjalankan tugas.

Genre: Action / Comedy
Release Date: 12 May 2011
Distributor: Metrowealth
Cast: Fizo Omar, Norliana Samsudin, Shaheizy Sam, Azad Jasmin, Putri Mardiana, Fida
Director: Farid Kamil

Movie : Hikayat Merong Mahawangsa/The Malay Chronicles : Bloodlines
Feb 8th, 2011 by admin

Sinopsis : Merong Mahawangsa adalah keturunan Alexander the Great, seorang nakhoda tentera laut terkenal dan pengembara yang datang ke Asia beberapa ratus tahun yang lalu. Empayar Rom pada masa pemerintahan Hadrianus dan China, Dinasti Han berada pada zaman kegemilangan pemerintahan dan kedua empayar ini bersatu melalui perkahwinan putera Rom dengan putri China dari Dinasti Han.Mereka akan dikahwini di titik tengah antara timur dan barat, neutral ground. Merong Mahawangsa ditugaskan untuk mengawal putera Rom dalam perjalanan mereka ke Asia Tenggara.The pirate nation of Geruda telah menculik puteri China dan menjadikannya sebagai tebusan. Dalam perjalanan ke Selat Melaka, Armada Merong Mahawangsa telah diserang tentera Geruda semasa berhenti di pulau kecil untuk mengisi bekalan.Mampukah Merong Mahawangsa menyelamatkan puteri dan menyatukan dua tamadun besar dari timur dan barat?

Synopsis: “Hikayat Merong Mahawangsa” is an action packed film filled with mythical characters that uses computer generated imagery (CGI). The story tells of a warrior and sea captain named Merong Mahawangsa who is of Iskandar Zulkarnain’s descendent. Merong Mahawangsa was asked to escort the Prince of Rome to Langkasuka to marry the beautiful Princess of China from the Han Dynasty. Soon, they encounter various difficulties as the Princess of China is kidnapped and Merong Mahawangsa and his group of soldiers are attacked.

Release Date: 10 March 2011
Language: Malay
Genre: Drama / Historical
Running Time: 1 Hour 50 Minutes
Distributor: Kru Films
Director: Yusry Abdul Halim
Cast: Stephen Rahman Hughes, Jing Lu, Deborah Henry, Umie Aida.

Official Website : http://hikayatmerongmahawangsa.com/

Filem Papadom Di Panggung Wayang 8 Oktober
Aug 21st, 2009 by admin

filem-papadom

Anugerah telah diperoleh namun ceritanya belum lagi keluar di wayang. Sebuah lagi cerita arahan Afdlin Shauki bakal menemui anda 8 Oktober 2009. Filem papadom nyata mengundang kejutan di acara kemuncak festival filem malaysia ke 22 baru-baru ini.

Jom layan trailer movie Papadom ni dulu:

Judul: PapaDom
Tagline: Sebuah kisah mengenai seorang bapa, seorang anak dan papadom.
Genre: Drama / Komedi
Pengarah: Afdlin Shauki
Penerbit: Tayangan Unggul Sdn Bhd
Kos penerbitan: RM1.44 juta

Pelakon:
Afdlin Shauki (Saadom)
Noorkhiriah (Munira)
Liyana Jasmay (Miasara)
Vanidah Imran (Profesor Balqis)
Farid Kamil (Hisham)
Scha (Shasha)
Chelsia Ng (Yvonne)
Que Haidar (Mat)
Harun Salim Bachik (Hussin)
Pete Teo (Alan)
Adham Malek (Ali)

Tarikh tayangan:  8 Oktober 2009

5 anugerah dimenangi oleh Filem Papadom ini iaitu Filem terbaik, Cerita Asal Terbaik, Skor Muzik Terbaik,  Pelakon Lelaki Terbaik (Afdlin Shauki) dan Pelakon Wanita Terbaik (Liyana Jasmay). Filem komedi kelakar Papadom ini mencerita seorang bapa tunggal, Saadom (Afdlin Shauki) yang juga penjual nasi kandar dan anaknya, Mia@ Miasara (Lyana Jasmay). Pelbagai rintangan dan cubaan Afdlin lalui dalam cuba membesarkan anaknya seorang diri lebih-lebih lagi ketika anaknya semakin dewasa.

Sinopsis/review:

Pada mulanya saadom seorang peniaga nasi kandar yang sibuk sehinggakan terlupa tanggungjawab kepada keluarganya. Pada suatu hari, isterinya meninggal ketika nak pergi tengok anaknya terima anugerah di sekolah. Sebelum itu, isterinya pernah nasihatkan Saadom untuk menjaga anaknya seperti perniagaannya juga jika dia tiada nanti. Ini membuatkan Saadom tersedar akan kesilapannya. Dia berhenti berniaga dan cuba menjadi penjaga Mia, anaknya setiap masa sehinggalah di sekolah. Anaknya rimas dengan keadaan ini namun Saadom tetap berkeras.

Mia akhirnya mendapat tawaran masuk UiTM dan ayahnya pun turut nak ikut sekali. Mia tetap berkeras dan mengugut untuk berhenti belajar jika ayahnya mengganggunya. Saadom tetap tak berputus asa dan cuba memohon menjadi tukang kebun di U di mana Mia belajar. Macamana seterusnya? Jangan lupa nantikan filem ini di pawagam 8 Oktober 2009 nanti. 🙂

Filem Setem Memang Best
Aug 20th, 2009 by admin

filem-setem-best

Satu lagi filem kabir bhatia yang menaikkan nama beliau sebaris pengarah melayu lain dalam mengarah sebuah filem melayu komedi aksi terbaik. Bukan dari segi jalan cerita dan lakonan pelakon sahaja patut dipuji, malah special efek atau kesan khas yang digunakan patut dipuji.

adegan-filem-setem

Filem setem memberi nafas baru dengan memaparkan jalan cerita mengenai beberapa siri perancangan bagi mendapatkan satu setem yang berharga RM4 juta. Geng thosai, geng anak yatim, geng piranha dan geng bakso adalah geng yang nak setem tu. Siapakah antara mereka mampu mendapatkannya? Tontonlah filem setem yang memang best.

Bayangkan dalam masa 2 minggu sahaja, filem ini sudah mampu mengutip RM2 juta!! wahh..satu kejayaan yang boleh dibanggakan untuk filem melayu. Nampaknya rakyat Malaysia sudah bosan dengan cerita melayu yang biasa (tentang kekasih, pergolakkan rumah tangga kaya)..

So kepada pengarah-pengarah, cari lah idea berbeza dari cerita biasa ni..Kami dah bosan..bosan dan bosan..

Filem Setem Wajib Tonton
Jul 15th, 2009 by admin

filem-setem

Filem Setem akan berada di pawagam bermula 30 Julai 2009. Sebuah filem arahan Kabir Bhatia yang menampilkan barisan artis yang cukup mantap. Yang penting pelakon yang saya minat, Afdlin Shauki dan vanidah imran ada dalam filem ni. hehe..Untuk elakkan jeles, Rashidi Ishak iaitu suami vanidah imran turut berlakon..

Wahh…serius ianya sebuah filem melayu terhebat..Kenapa?

Sebab biasa filem melayu mesti berkaitan cinta dan masalah keluarga..Kali ini ianya berkaitan sekeping SETEM. Bukan sebarang setem. Setem ini dibuat ketika Gabenor Melaka (Lord Arthur Barring) pada 1847 mahukan sesuatu untuk diingati oleh generasi seterusnya. Beliau melantik seorang  pembuat jam untuk mencipta sekeping setem. Tapi beliau membuangnya sebab berlaku kesilapan lalu dikutip oleh cucunya.

Kisah ini terhenti disitu sehinggalah tahun 2008, Charles Barring IV menggemparkan Malaysia dengan setem tersebut yang dianggarkan berharga RM 2 juta. Satu sidang akhbar diadakan untuk mengumumkan kepulangan setem ini ke Melaka.

Mulalah disini beberapa pihak cuba mendapatkan setem ini. Pak Ramli yang memaksa Sid dan Joe mencuri setem itu untuk menampung kos membeli tanah tapak rumah anak-anak yatim yang diuruskannya. Pak Ramli memerlukan RM 500,000.00. Bukan sid dan joe sahaja, Piranha Lim, seorang ketua kumpulan Ah Long juga berminat. Begitu juga dengan Vellu yang bekerja sebagai pemandu di syarikat keselamatan yang akan membawa setem tersebut ke muzium. Masing-masing merancang untuk mendapatkan setem tersebut. Oleh kerana begitu banyak perancangan yang dilakukan untuk setem tersebut, keadaan menjadi kacau-bilau.

Kumpulan mana dan siapakah yang berjaya mendapatkan SETEM ini? Tontoni filem komedi pertama arahan Kabir Bhatia ini di pawagam bermula 30 Julai nanti…

Info filem:

Pengarah: Kabir Bhatia

Penulis skrip: Kabir & Mira Mustaffa

Pelakon: Afdlin Shauki, Rashidi Ishak, Vanidah Imran, Indi Nadarajah, Que Haidar, Sathia, Harun Salim Bachik,
Bront Palarae, Isma Yusof

Genre: Komedi/Aksi

Penerbit: Tayangan Unggul Sdn Bhd

Bajet: RM1.8 juta

Lokasi: Lembah Klang dan Melaka

Tempoh penggambaran: 40 hari

Di Tayang: 30 Julai 2009

Laman web: http://www.setemmovie.com/

Juga anda boleh download wallpaper dan poster filem setem di web di atas.

»  Site: Latest Movies Database   »  Style: Ahren Ahimsa